Ramai yang dah tahu tentang isu melibatkan pendedahan dari pelakon remaja Puteri Balqis.
Kes detik hitam zaman kanak-kanak yang dilaluinya telah pun didedahkan secara terbuka dalam satu rancangan iaitu Bros Gang TV.
Puteri Balqis telah mendedahkan beberapa kelakukan ayahnya, yang dikatakan tidak baik dan ianya diceritakan kepada orang ramai buat pertama kalinya.
Melalui laporan portal Gempak, pendedahan dari Puteri Balqis ini juga tak disangka oleh ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz.
Kata Norashikin, dia tak mahu terus memanjangkan lagi kenyataan yang dibuat oleh anaknya itu.
Dari laporan Gempak, Norasihikin mengakui bahawa kini dah lama dirinya dan Puteri Balqis berhubungan dengan bekas suaminya, ayah kandung kepada Puteri Balqis itu.
“Minta maaf, Balqis sudah cakap, dia pun tak mahu ulas lagi tentang isu ini serta dah tak mahu lagi cakap tentang hal ini.”
“Secara berterus-terang, saya sendiri pun tak sangka dia nak buka cerita itu. Ini kerana ketika di awal perbualan, dia nampak amat gembira saja. Tak sangka akhirnya, di bahagian ending itu dia buka semuanya.”
“Bagi saya, rasanya mungkin dia kini dah tak tahan lagi dan sudah tiba masa dia untuk buka cerita tersebut.”
“Sebenarnya, bapa dia sudah lebih dua tahun dah menghilangkan diri dan tak ada memberi nafkah.”
Jelas Norashikin lagi, setelah video itu diupload, dia bersedia terima sebarang kesannya selepas ini.
“Yes saya tahu, kroni dia, ayah kepada Puteri Balqis ni sangat ramai dan saya pula tak kenal orang berkedudukan macam dia tu. Apapun, ini semua bukannya soal kalah atau menang. Saya tak kisah apa pun yang bakal kami terima nanti asalkan Puteri Balqis kini dah lega sebab kikni dah dapat meluahkan apa yang lama dia dah pendam di hati.”
Itulah respon dan komen dari ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin setelah anaknya membuat pendedahan tentang sikap ayah kandung Puteri Balqis.