“Sayangnya muda lagi dah tiada gigi” Dato Seri Vida mahu taja gigi Yassin Senario

7,844 views

Kumpulan Saya yang terdiri dari Apek dan Yassin berjaya menambat hati para peminat dengan usaha yang ditunjukkan di pentas Gegar Vaganza.

Walau sudah tersingkir dari pertandingan berkenaan, Apek dan Yassin tetap mendapat tempat di hati penonton Gegar Vaganza.

Rata-rata peminat berpuas hati dapat lihat lagenda dari kumpulan Senario ini beraksi secara live.

Okey kali ini ada cerita sikit tentang salah seorang anggota Saya iaitu Yassin Yahya.

Dari satu foto yang dimuatnaik oleh Instagram Astro Gempak, ada kelihatan Yassin yang dilihat seakan tiada gigi.

Dek kerana itu, ahli perniagaan tersohor iaitu Dato Seri Vida tampil menulis satu komen yang mana dia mahu menaja Yassin untuk buat gigi baru.

“Minta kirim salam saya kepada Yassin. Saya mahu menaja gigi untuk Yassin. Sayangnya, dia masih muda tapi dah tak ada gigi. Isterinya pun amat lawa.”

Dato Vida menambah, niatnya itu bukan sengaja untuk meraih atau menumpang popularity Yassin yang sedang meningkat naik setelah menyertai Gegar Vaganza.

“Saya ni bukannya mahu menumpang populariti pun. Saya amat yakin, selepas ini Yassin akan bertambah kacak dan handsome selepas dia mempunyai deretan gigi penuh.”

Itulah niat dan komen yang ditulis oleh Dato Seri Vida, yang merupakan bekas penaja utama rancangan Gegar Vaganza sehingga ke musim kelima. Pada musim keenam, susu Farm Fresh bersama beberapa syarikat seperti Digi, Adabi, Power Cat dan Cuckoo pula menjadi penaja.

Sehingga kini tiada sebarang respon balas dari Yassin Yahya. Namun dari ruangan komen, niat Dato Seri Vida itu menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyokong niat murni Vida itu namun ada juga yang menyatakan sekali lagi Dato Seri Vida mahu cari popularity saja. Ada juga yang bertanya Yassin betul kah tiada gigi.