“Dia bujang, orang kebanyakkan saja” Jejaka 28 tahun pilihan hati Syura

11,032 views

Penyanyi Syura, 36 tahun, menamatkan zaman solonya setelah hampir Sembilan tahun bergelar ibu tunggal apabila bernikah buat kali kedua.

Syura disatukan dengan jejaka berumur 28 tahun, bernama Mohd Farizat semalam, di satu majlis yang berlangusng di sebuah masjid di Puchong, Selangor.

Mereka berdua sah bergelar pasangan suami pada lebih kurang jam 12 tengah hari Sabtu.

Di majlis pernikahan Syura dan Farizat, lebih kurang 30 orang ahli keluarga dan juga kenalan rapat yang hadir. Antara yang kelihatan ialah penyanyi Lan Solo serta isterinya Shiela Razlan, serta pelawak Vicha.

Satu majlis resepsi telah diadakan dan kelihatan ramai rakan artis yang hadir seperti Zulin Aziz, Ifa Raziah, Wani Hasrita, Haiza, Shiera Ijoy, Bob dan Indah Ruhila.

Dari laporan Berita Harian, Syura menerima mas kahwin emas dan wang hantaran dalam bentuk set barang kemas, namun nilainya dirahsiakan. Kedua-dua pengantin ini memberikan 5 dulang hantaran.

Tentang suaminya, Syura menyatakan Farizat merupakan lelaki bujang dan seorang peniaga makanan. Mereka berdua telah berkenalan sejak 5 tahun lalu.

“Syukur Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan. Saya berkahwin dengan lelaki bujang dan dia hanyalah orang kebanyakan biasa. Suami saya menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan saja.”

“Kami berdua telah berkenalan sejak lima tahun lepas. Dalam tempoh itu, Farizat seorang yang sentiasa menyokong saya dan juga memberi kata-kata sebagai pengkritik saya.”

“Semasa saya masuk ke dunia perniagaan iaitu produk kecantikan, Charmant, Farizat memang banyak beri bantuan serta tunjuk ajar.”

Tentang tiga orang anaknya, mereka semua bersetuju Farizat menjadi suami kepada ibunya.

“Anak-anak pun menangis sebab gembira apabila saya sah bergelar isteri sebentar tadi. Semua anak dah makin membesar, mereka pun tahun pergelutan saya untuk meneruskan kelangsungan kehidupan ini.”

“Mereka pun dah serasi dengan Farizat. Apapun saya memang akan tetap menjaga tiga anak saya ini.”

Diimbas kembali, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly pada tahun 2006 namun berpisah pada tahun 2015. Sepanjang perkahwinan Syura mempunyai tiga cahaya mata iaitu yang sulung, Nurul Dania Irdani (15 tahun), Nurul Qaisara Sofia (13 tahun) serta Muhammad Irfan Aryan (11 tahun).