Ramai terkejut setelah ada satu video menunjukkan seorang lelaki guna gambar penyanyi Wany Hasrita ketika melakukan perbuatan yang senonoh.
Wany hasrita telah dimaklumkan tentang hal berkenaan oleh pengguna di laman media dan penyanyi ini kemudian meminta para peminat untuk melaporkan hal berkenaan kepada pengendali laman media supaya video tersebut dapat dipadamkan.
“Siapa yang ternampak video sebegitu, silalah buat report, ramai-ramai, nanti barulah video itu diturunkan, di delete.” Itu antara kenyataan dari penyanyi berumur 28 tahun ini.
Hal ini nampaknya turut diketahui oleh ibu kepada Wany Hasrita iaitu Norita Jaafar. Sebagai seorang ibu, sudah tentu risau, terkilan dan terkejut dengan kejadian sebegitu menimpa kepada anak perempuannya.
“Ketika mula tahu ada video macam tu, saya memang terkejut. Kemudian saya tanya pada Wany dan dia pun cerita apa yang berlaku.”
“Sebagai seorang ibu, memanglah saya rasa kecewa namun saya tidak boleh nak kawal orang lain. Inilah satu dugaan yang terpaksa saya dan Wany tempuhi.”
“Saya berdoa agar hal seperti ini tak berlaku lagi kepada anak saya.”
Sebagai ibu, Norita sentiasa menasihatkan Wany untuk jaga diri selain memintanya bersabar dengan dugaan yang terjadi.
“Selepas kejadian itu, saya nasihatkan dia supaya banyakkan sabar. Memang Wany luah rasa kecewa kerana gambar dia yang kena kan.”
“Harapnya Wany lebih jaga diri, adab dan akhlak. Memang saya selalu pesan itu kepada dia.”
Kes ini mula viral di laman media setelah peminat terlihat video seorang lelaki menjadikan gambar Wany Hasrita untuk buat modal melakukan aksi tak senonoh.
Wany Hasrita sedih dengan kejadian itu dan tertanya kenapa ada orang bertindak sedimikian, apatah lagi di dalam bulan puasa ini.
Setelah ianya tular menjadi bualan ramai, akhirnya video tersebut telah dipadamkan.