Sedang panas di negara jiran, Laudya Cynthia Bella dikatakan dah nikah pangeran Arab?

8,572 views

Pelakon terkenal dari negara seberang, Laudya Chyntia Bella, 34 tahun, menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini.

Di Indonesia, nama Laudya Chyntia Bella sedang panas kerana para netizen dikejutkan dengan berita bahawa pelakon dan penyanyi berkenaan dikatakan telah menamatkan zaman single nya.

Laudya Chyntia Bella dikatakan sudah bernikah dengan jejaka berasal Dubai.

Malahan dari berita yang bertebaran, Laudya Chyntia Bella khabarnya kini telah pun menetap di Dubai setelah menemui cinta hati yang baru dengan seorang pangeran yang kaya dari negara Arab itu.

Dai beberapa laporan media dan portal hiburan negara berkenaan, dakwaan berita pernikahan Laudya Chyntia Bella mula jadi bualan setelah ada beberapa video yang tersebar di aplikasi Tik Tok dan juga laman Youtube.

Satu video yang dimuatnaik menunjukkan seakan ada majlis yang dilakukan antaar Laudya Chyntia Bella dan seorang jejaka Arab.

Melihat berita ini telah tersebar, akhirnya wakil yang juga pengurus kepada Laudya Chyntia Bella iaitu wanita bernama Rita telah tampil memberi kenyataan awal.

Kata Rita, dia menafikan berita pernikahan itu tersebur dan melabel video yang tersebar itu tak benar sama sekali.

“Minta maaf sangat, itu merupakan berita yang amat tak betul dan tak benar sama sekali. Semoga kita semua terhindar dari berita fitnah seperti ini ya.” Itu kenyataan dari pihak pengurusan Laudya Chyntia Bella seperti yang dilapor Detik Hot.

Sebenarnya kisah hubungan cinta Laudya Chyntia Bella dengan jejaka berasal dari Dubai mula dihidi pihyak media dari negara jiran setelah Laudya Chyntia Bella sering ke negara berkenaan.

Pada mulanya, rakan yang terdekat menafikan Laudya Chyntia Bella mempunyai hubungan dengan jejaka dari Dubai namun kali ini kisah Laudya Chyntia Bella semakin menjadi bualan ramai.

Laudya Chyntia Bella pernikah bernikah dengan Engku Emran pada tahun 2017 namun hubungan mereka tak berkekalan dan berpisah pada tahun 2020, hasil perkahwinan pasangan ini tak mempunyai cahaya mata.