Luah perasaan, saling unfollow di Instagram, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dah putus?

2,178 views

Dua pelakon sedang meningkat naik, Aedy Ashraf, 28 tahun dan Amelia Henderson, 26 tahun, pernah jalinkan hubungan bersama. Malahan Aedy pernah melamar Amelia untuk menjadi kekasih hatinya di satu event tak lama dulu.

Lamaran dari Aedy Ashraf itu dibuat secara spontan ke atas Amelia Henderson untuk secara rasmi bergelar sebagai pasangan kekasih.

Kali ini ada sedikit perkembangan terkni tentang hubungan antara kedua pelakon ini.

Beberapa hari lepas, Aedy Asharaf ada muatnaik satu luahan hati di laman media miliknya yang menjadi tanda tanya para peminatnya.

Ini tulis Aedy Ashraf: “Betullah orang kata, kadangkala sesetengah orang tu hanya mampu berada di dalam kenangan saja.”

Aedy Ashraf turut meletakkan emoji atau foto bunga yang kelihatan telah layu.

Paling ketara, Aedy Ashraf dan juga Amelia Henderson juga telah unfollow Instagram masing-masing.

Para peminat mereka turut perasan akan hal ini.

“Weh aku baru perasan mereka berdua ni dah saling unfollow Ig masing-maasing.” Tulis individu bernama Meriyanti.

Ada juga yang bertanay mengapa sampai kena nak unfollow Ig masing-masing.

Nafarhana menulis: “Kenapa mesti sampai nak kena unfollow Instagram masing-masing ni.”

Dalam pada itu, ramai para peminat Aedy yang menulis dengan memberi kata-kata semangat kepada pelakon berkenaan.

“Walaupun hanya kenangan, jadiakan ia kenagan yang baik.” Tulis seorang peminat.

“Kena percaya kepada proses, kadangkala itu hanya permulaan kepada sesuatu yang lebih baik nanti. Jangan putus asa dan kecapi bahagia di masa depan.”

Itulah perkembangan terkini tentang Aedy Ashraf dan juga Amelia Henderson.

Untuk info, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson mula menjadi akrab setelah berlakon bersama dalam drama bersiri berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan di TV3.