Ini kereta mewah milik Syamsul Yusof, baru tukar warna kereta.. Memang cun habis

13,286 views

Antara pengarah filem paling berjaya di Malaysia sepanjang zaman boleh diberikan kepada Syamsul Yusof.

Filem terbaru arahannya iaitu Mat Kilau berjaya menajdi filem paling laku sepanjang zaman di Malaysia dan shingga kini dah mengaut kutipan sebanyak RM90 juta, satu pencapaian yang amat mengagumkan.

Kalau dibilang, buat dua tiga, malah kalau tengok top 20 filem, ada 4 filem arahan Syamsul mendapat kutipan tertinggi.

Mengikut jejak langkah ayahnya iaitu Datuk Yusof Haslam, Syamsul dilihat seringkali berjaya menggarap filem dengan baik yang menepati citarasa penonton di negara ini, sekaligus membuatkan orang ramai mahu menjejakkan kaki ke panggung wayang untuk menikmati karyanya.

Apabila dah berjaya, sudah tentu ramai yang nak tahu tentang kehidupan Syamsul Yusof ini dan kali ini kita bawakan kereta yang dimiliki oleh Syamsul.

Diketahui, dengan kejayaan yang dikecapi, Symausl Yusof mampu memiliki kereta yang mewah.

Kereta yang dimiliki oleh Syamsul Yusof ketika ini ialah kereta mewah jenama Lamborghini Aventador.

Harga kereta Lamborghini Aventador dianggarkan bernilai RM2juta harganya.

Sebelum ini, Syamsul Yusof ada muatnaik gambar terkini kereta miliknya itu yang mana ianya baru saja mendapat sentuhan warna yang baru.

Syamsul telah mukar warna kereta dari warna emas kepada warna biru kehijauan. Jom layan kereta milik Syamsul Yusof.

Gila kereta, bukan gila dunia” Itu antara caption yang ditulis oleh Syamsul.

Syamsul Yusof menukar warna Lamborghini miliknya ini di sebuah kedai bernama Kacey Legacy. Warna kereta ini ialah chrome mint dari Teckwrap.

Ini pula kereta Lamborghini Aventador miliknya dengan warna emas sebelum tukar warna.

Kereta Lamborghini warna emas

Pengarah ini baru-baru ini ada berkata dia terpaksa melepaskan sebuah kereta kesayangan iaitu kereta jenis Hummer.

Pada bulan January, Syamsul Yusof telah menjual kereta jenis Hummer miliknya itu

Mengucapkan selamat tinggal, bye, kepada my old Hummer. Akan sentiasa merindumu.” Tulis Syamsul.

Kereta Hummer dah let go

Memang padu kereta Lamborghini Aventador yang dimiliki oleh Syamsul Yusof ini.