Sedang sarat hamil, Feeya Iskandar mengidam bau sabun

1,928 views

Penyampai radio Suria Fm iaitu Feeya Iskandar kini sedang hamil anak ketiganya. Tetapi feeya yang lebih mesra disapa dengan nama Cik Piah akui ada mengidam benda yang agak pelik ketika kehamilan ketiganya ini.

Secara jujur, Feeya akui, sepanjang dia mengandung anak ketiga ini, memang tiada alahan teruk dialami berbanding kandungan sebelumnya.

Namun kali ini, dia mengidam lain sikit dan agak pelik iaitu dia suka sangat nak hidu bau sabun. Jom baca pendedahan dari Feeya.

“Paling tidak banyak songeh masa pregnant yang anak nombor tiga ni. So far memang tak ada alahan dan tak ada mengidam makan.”

“Yang ada ni lah, suka sangat nak bau sabun. Baik sabun mandi. Sabun basuh pinggan. Sting aku yahoo.”

Feeya juga telah upload sekeping gambar menunjukkan dirinya sedang asyik menghidu bau sebotol sabun mandian, body wash.

Kalau tengok diruangan komen, memang ramai followernya yang menulis berasa lucu dengan perangai Feeya ketika mengandung itu.

Tetapi ada juga follower yang turut cerita, pengalaman mereka ketika hamil, memang ada yang jenis seperti itu, ada yang suka bau benda wangi.

Ada yang menulis, kalau ibu mengandung suka bau benda wangi ni, orang dulu-dulu kata itu tandanya akan dapat anak perempuan.

Selain, itu ada juga seloroh jangan hidu bau peluntur sudah atau jangan makan sabun itu. Ini antara komen dari followernya.

Tulis Fara Navy: “Bau je okey lagi, mase saya dulu, siap gigit-gigit sabun tu, entahlah rasa sedap sangat.”

Ini pula pengalaman dari Melissa Sahila: “Ada memang. Saya pun pernah alami benda sama juga masa tu saya mengandungkan babby girl.”

Sekadar info, Feeya Iskandar berkahwin dengan suaminya bernama Nurashid pada tarikh 6 Mei 2015. Mereka berdua dah ada dua orang cahaya mata, kedua-duanya lelaki.