“Sedawa jantan” Sajat kena bahan sedawa besar macam jin keluar badan

16,784 views

Siapa yang tak kenal dengan nama Sajat, satu nama yang popular dengan beberapa isu termasuklah melarikan diri ke luar negara setelah dicari pihak jawabatan agama. 

Sajat kini berada dalam pelarian di negara Australia dan membina empayarnya di negara berkenaan. 

Ahli perniagaan ini seringkali live menunjukkan kehidupannya ketika ini di Australia. 

Sepanjang berada di Australia, Sajat akan tampil dengan video secara langsung untuk terus connect dengan para peminatnya. 

Dalam satu video, ketika berbual dengan peminat, Sajat tidak sengaja telah sedawa besar selepas minum air sirap. 

Yang kelakarnya, sedawa Sajat tu memang agak besar juga dan kuat bunyinya. 

Ini membuatkan orang ramai gelihati dan mengatakan sedawanya macam jin. 

Hal ini turut diakui sendiri oleh Sajat yang turut berkata jin dalam badannya dah keluar. 

“Terkeluar kita punya jin dalam badan. Sebelum ni jin duduk dalam badan kita ni punyalah lama. Akhirnya dah keluar juga jin dalam badan ni.” 

“Nasib baik saya cantik. Takpelah jin pun jinlah. Tu la minum air sirap jin terus terkeluar dah.” 

Ada komen dari netizen mengatakan Sajat sedawa macam jantan, dan terus Sajat sentap dan menjawab kembali. Kata Sajat tu memang bunyi sedawa. 

“Ala sedawa macam jantan, ko tu pakai tudung, ingat sedawa suara kecil, macam Siti Nurhaliza. Eh sedawa macam mana pun memang bunyi macam tu punya kuat ye. Sedawa semua memang akan buruk punya.” 

“Sedawa ni memang kita kena lepaskan, kalau tu tu yang perut kembung, angin pasang la.” 

“Jangan la nak feeling sedawa ada gender, sedawa jantan la, feeling nak bahan orang.” 

Ini videonya. 

Ada Sajat ni, sedawa pun ramai yang bahan macam lelaki.