“Melampau eh melampau, kau panggil siapa tu” Fauziah Nawi naik angin

14,100 views

Pelakon veteran terkenal, Fauziah Nawi telah meluahkan rasa ketidak puas hatiannya terhadap sesuatu beberpaa hari lepas. 

Fauziah Nawi, 70 tahun, memuatnaik satu video yang mana beliau menyatakan ada pihak yang sudah agak melampau dengan memanggil seorang pelakon terkenal dengan bayaran yang amat tak setimpal. 

Katanya lagi, pelakon yang dipanggil itu merupakan satu nama besar. 

“Melampau eh, dah melampau. Kau panggil siapa tu. Dia tu, pelakon tu dah besar sangat dah namanya. Kau panggil dia tiga hari untuk 5 scene. Lepas tu ko nak bagi dia RM1ribu, otak kau kat mana.” 

Luahan berkenaan dimuatnaik di laman media sosial miliknya dan Fauziah Nawi tidak menyebut sebarang nama spesifik. 

Di ruangan komen, video berkenaan menerima pelbagi komen dari rakan artis. Antaranya Raja Azura, Fiza Halim, Pablo Amirul, Arash Mohd dan ramai lagi. 

Rata-rata menyokong luahan dari ibu Fauziah Nawi itu tentang bayaran yang tak setimpal dari pihak producer. 

Sebelum ini pun, Fauziah Nawi antara artis yang lantang menyatakan rasa kurang senang tentang pembayaran kepada insan seni terutamanya pelakon. 

“Kita kerja ni untuk cari rezeki, untuk keluarga mereka, tetapi kalau gaji atau pendapatan tu lambat, dan lambat tu bukan sekejap, tetapi berbulan-bulan, macam mana nak beri makan.” 

“Kerja untuk bayar rumah, bayar bil, ada makanan atas meja untuk family, kalau kerja tak ada duit macam mana.” 

Fauziah Nawi juga memang tak setuju dengan waktu jam pelakon yang kadangkala mencecah sehingga 20 jam satu hari. 

“Dah bertahun dah masalah ni, tetapi kita memang tak ada akta.” 

“Kepada adik-adik yang ada buat kerja tetapi tak dapat lagi duit gaji berbulan-bulan kena bertabahlah. Tak pun kena cari kerja yang lain.” 

Itulah luahan dari Fauziah Nawi.