Nad Zainal selamat bergelar isteri kepada Ungku Ismail

5,688 views

Hari ini, pasangan pelakon Ungku Ismail Aziz, 37 tahun, dan Nad Zainal, 32 tahun, disahkan telah bernikah dan bergelar sebagai pasangan suami isteri. 

Hal ini disahkan oleh Nad Zainal selepas memuatnaik beberaaa foto dan video pernikahan mereka berdua. 

Majlis telah berlangsung pada tarikh 23 Januari 2023 yang lalu bersamaan dengan hari Isnin. 

Nad Zainal mula muatnaik satu video memegang tangan Ungku Ismail pada awal pagi tadi. 

Video berkenaan memperlihatkan Nad dan Ungku ismail berjalan bersama di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan. 

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 23 Januari yang lalu daalm satu majlis tertutup.  

Di ruangan komen, ramai rakan artis yang memebri ucapan tahniah dan ini termasuklah Fazura, Ummi nazira, Rozita Che Wan dan ramai lagi. 

“Happy for you tahniah.” Tulis Ummi Nazeera. 

“Tahniah Nanad.” Tulis Che Ta 

“Selamat pengantin baru.” Tulis Janna Nick. 

Selain itu, antara turut sama mengucapkan tahniah ialah pelakon seperti Norreen, Bella Astillah Kaka Azraff, dan juga Ika Nabella. 

Selain video, ada gambar Nad Zainal dan Ungku Ismail bersama yang menunjukkan Ungku Ismail sedang mengucup dahi Nad Zainal. 

Ada juga paparan menunjukkan mas kahwin yang diberikan oleh Ungku Ismail kepada Nad Zainal ialah sebanyak RM satu ribu.

Sehingga kini Nad Zainal hanya menulis komen ringkas iaitu bersyukur. 

“Alhamdulillah, 23 Januari, 1 Rejab.” Tulis Nad Zainal. 

Belum lagi ada kenyataan rasmi dari Nad Zainal dan juga Ungku Ismail tentang pernikahan mereka berdua ini, kita tunggu saja nanti. 

Apapun, tahniah diucapkan buat Nad Zainal dan juga Ungku Ismail, semoga hubungan ini akan terus berkekalan dan bahagia sampailah ke akhir hayat, selamat pengantin baru diucapkan.