Lepas kena dengan Kak Ogy, ini respon Nina Smith “Dah agak benda ni akan berlaku”

8,558 views

Pelakon yang baru bermula membina nama iaitu Nina Smith, cetus satu isu setelah pelakon Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy naik angin dengannya.

Ini gara-gara tindakan Nina Smith menarik diri dari meneruskan penglibatannya dalam satu drama terbitan Zeel Production.

Nina Smith memberi alasan bahawa keadaan ayahnya yang sedang tenat di Amerika Syarikat.

Pelakon berumur 22 tahun ini memberitahu, ayahnya terkena stroke dan sedang tenat, oleh itu dia mahu cepat-cepat ke Amerika Syarikat untuk melihat keadaan ayahnya itu.

Nina Smith akui amat bimbang apatah kali terakhir bertemu ayahnya ialah dua tahun yang lalu. Dia bimbang tak dapat melihat ayahnya buat kali terakhir.

“Saya ni bukannya sengaja mahu tarik diri. Sudah tentu ada sebab yang saya ambil keputusan seperti itu. Minggu lepas, saya dapat call daripada rakan ayah saya dan dia kata keadaan ayah saya semakin teruk. Ayah sekarang tinggal di Amerika dan kena strok.”

“Terus semalaman saya asyik terfikir dan sehinggakan saya tak boleh tidur. Saya fikir, kalau saya teruskan juga penggambaran, risau nanti saya tidak dapat buat selebihnya.”

“Saya nak pergi ke Amerika Syarikat tengok ayah dan saya tak pasti lagi bila balik ke Malaysia semula.”

Nina Smith turut akui keputusan yang dilakukan itu akan menggugat kerjaya seni yang baru dibina olehnya, tetapi dia redha saja.

“Sebenarnya saya dah boleh agak benda ini akan berlaku dan saya pun sudah bersiap sedia dengan semua risiko yang saya ambil ini.”

Nina Smith turut menjelaskan dia dan ayah jarang bertemu kerana ayahnya pergi ke Amerika Syarikat selepas berpisah dengan ibu.

“Selepas ibu bapa saya ambil keputusan untuk berpisah, ayah terus pulang ke Amerika Syarikat dan kali terakhir saya jumpa dia adalah ketika umur saya 19 tahun.”

“Lepas itu, saya tak dapat jumpa sebab adanya perintah kawalan pergerakaan kerana Covid. Oleh itu bila dapat info keadaan ayah saya yang tenat, sudah tentunya saya mahu terus pergi melawat dan tengok ayah.”

Itulah penjelasan dari Nina Smith tentang isu penarikan dirinya dari sebuah drama.