Sejuk mata memandang, ramai puji Tasha Shila tutup aurat ketika bernikah

4,238 views

Baru saja semiggu yang lalu Tasha Shilla bergelar tunang kepada jejaka Muhammad Atiq, pada hari ini, bertarikh 28 Februari 2020, pelakon ini telah sah begelar isteri kepada lelaki yang dicintainya itu.

Pelakon ini dan suaminya kedua-duanya berumur 33 tahun, telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada pukul 9.50 pagi tadi bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Suami kepada Tasha Shila ini merupaka seorang pakar kewangan yang bekerja di negara jiran, Singapura. Mereka berdua telah pun dinikahkan sendiri oleh ayah kepada Tasha iaitu Abdul Razak Razali serta bersaksikan oleh Ehsan Mohd Hosni iaitu Imam Besar Masjid.

Pengantin perempuan ini di fahamkan telah menerima mas kahwin sebanyak RM800 serta sebentuk cincin perkahwinan. Namun jumlah wang hantaran yang diterima oleh Tasha Shila juga turut di rahsiakan.

Seramai 100 orang tetamu yang rata-rata dihadiri oleh kedua-dua belah pihak keluarga serta kawan rapat mereka di majlis yang besejarah ini. Sebagai rekod, mereka dikatakan telah mengenali satu sama lain pada Disember lepas dan terus memutuskan untuk bertunang pada 23 Febuari yang lalu.

Nama sebenar pelakon ini ialah Natashasheila Abdul Razak juga turut menyatakan rasa bersyukur apabila dia telah sah bergelar isteri kepada jejaka idamannya.

Komen Tasha Shila selepas begelar isteri: “Syukur, alhamdulillah, dah sempurna akhirnya majlis yang saya tunggu. Semuanya telah pun berjalan dgn lancar dan saya amat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT”

“Saya amat percaya ini merupakan jodoh yang diaturkan oleh Tuhan dan percaya dialah cinta sejati buat saya yang memang saya cari-cari selama ini”

Untuk makluman, acara resepsi sebelah pihak pengantin perempuan akan berlangsung pada petang ini dan mereka telah pun memilih baju pengantin bertema Melayu Klasik dari Hatta Dolmat. Manakala majlis sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada minggu depan.

Rata-rata netizen amat suka melihat penampilan Tasha Shila dan suami yang amat sepadan sekali. Apatah lagi, Tasha Shila cantik menutup aurat dan bertudung di majlis akad nikah berkenaan.

“Cantik sekali, sejuk mata memandang, semoga hubungan Tasha dan suami berkekalan dan dirahmati” Itulah antara doa dan komen dari netizen.

Tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli ini. Tak sangka ya dalam diam telah pun mendirikan rumah tangga.