“Sekarang dah behave sikit” Kata Ira Kazar kepada Azhar Sulaiman, baca komen Azhar

5,904 views

Pelakon Azhar Sulaiman, 51 tahun sebelum asyik menerima komen tentang anak perempuannta iaitu Kasih Iris Leona.

Ini kerana pakaian yang dikenakan oleh anak perempuannya itu seringkali dilihat amat terdedah.

Walaupun Azhar Sulaiman sudah memberi teguran dan nasihat, ianya tidak diguna pakai oleh Kasih Iris Leona.

Azhar Sulaiman kemudian akui, apa yang dilakukan oleh anaknya merupakan cerminan dirinya ketika muda.

Pelakon ini akur, dan mengakui ketika di zaman muda mudi dulu, dirinya juga seperti Leona, malah kadangkala pun lebih teruk lagi.

Bercerita isu anak, secara tiba-tiba wanita yang sedang naik namanya iaitu Ira Kazar memberi komen kepada Azhar Sulaiman.

Ira Kazar dilihat menulis mesej dan memberi sokongan kepada Azhar Sulaiman.

Jelas Ira Kazar, anak kepada Azhar tu masih muda lagi, sama juga macam dirinya dulu masa muda, dan kini Ira kata dia dah berubah sikit.

“Anak uncle ni nanti akan jadi lebih baik dari sebelum ni. Uncle kena percaya. Sekarang ni dia masih muda lagi tu, biasalahkan pakcik.”

“Saya dulu pun pernah lalui zaman macam tu. Sekarang ni je saya dah behave sikit. Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan.” Itu yang ditulis oleh Ira Kazar kepada Azhar Sulaiman.

Azhar Sulaiman kemudian ada menulis bahawa dia dah penat secara bergurau kepada Ira Kazar. Apapun Azhar Sulaiman juga sebenarnya menganggap Ira bagai anaknya sendiri.

“Saya dan ayah kamu, dua-dua pun dah penat, haha. Apapun, kamu ni sama seperti anak perempuan saya Ira, you are just like my daughter, jaga diri dan be safe.” Balas Azhar Sulaiman.

Melihat komen dari Ira Kazar tu, para netizen lantas memberi respon dengan mengata dan memerli Ira Kazar terutama apabila melabel dirinya dah behave,

Ini antara komen perlian dari netizen: “Behave lah sangat, ye la tu.”

Itulah kisah antara Azhar Sulaiman dan juga Ira Kazar seperti yang dilaporkan oleh portal hiburan Murai.