Mak Wan Latah didakwa meludah seorang wanita pula

2,412 views

Satu lagi kes melibatkan pelakon veteran Mak Wan Latah atau nama penuhnya Halimatusadiah Mohd Daud, 61 tahun.

Pelakon ini telah hadir ke mahkamah setelah didakwa berkelakuan mengaibkan iaitu dengan meludah untuk membangkitkan amarah seorang wanita.

Kejadian itu berlaku kepada seorang wanita pada bulan lalu. Mak Wan Latah telah mengaku tak bersalah untuk pertuduhan yang berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan kes, Mak Wan didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal atau lebih dikenali dengan nama Amell, 28 tahun, dengan tujuan membangkitkan amarah dan mahu mengganggu keamanan.

Insiden berkenaan terjadi di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau sekitar jam 7 petang, 24 Jun 2022.

Untuk kesalahan berkenaan, Mak Wan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika disabitkan atas kesalahan yang didakwa.

Pendakwaan dibuat oleh Pegawai Pendakwa bernama Inspektor Khoo Thean Heng manakala Mak Wan Latah telah diwakili peguam, T. Selvadoray yang datangnya dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Pihak pendakwa pada mulanya meletakkan wang jaminan sebanyak RM5000 berserta seorang penjamin akan tetapi peguam Mak Wan iaitu Selvadoray membuat permohonan jumlah jaminan minimum dikenakan sebab Mak Wan merupakan ibu tunggal dan tak ada pendapatan tetap.

Majistret Nur Atiqah kemudian membuat keputusan dengan membenarkan jaminan sebanyak RM1000 dan kes berkenaan akan disebut semula pada 5 September tahun ini, berserat serahan dokumen dan juga lantikan peguam.

Ketika di temui di mahkamah, Mak Wan Latah ada memberi amaran kepada pihak media supaya jangan tularkan.

“Jangan nak viral ye.” Itu antara kata-kata Mak Wan Latah kepada pihak media di mahkamah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik seperti yang dilaporkan Harian Metro dan Utusan Malaysia.