“Sekarang Syamsul berkiblatkan keluarga Kazar, tak tahu apa dah jadi padanya” Ibu Syamsul

4,516 views

Ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail merupakan antara orang yang paling terkesan dengan perkahwinan kedua anaknya itu. 

Selain Puteri Sarah, Datin Patimah antara yang lantang memberikan pendapat serta luahan hatinya di media sosial. 

Sememangnya isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini masih dalam keadaan terluka, terkilan dan hiba dengan apa yang berlaku.  

Ditanya tentang luahan hatinya yang dilihat kadangkala agak keras juga, Datin Patimah mengatakan itu sememangnya apa yang dia rasakan. Ini komennya kepada Harian Metro.

“Salahkah apa yang saya luahkan itu. Sememangnya itulah kebenarannya. Jika ianyasalah, makin akan lebih ramai perosak rumah tangga orang nanti. Biar Allah memberi hukum kepada mereka ini.” 

Ditanya tentang Syamsul Yusof, Datin Patimah mengakui kali terkahir berhubung adalah ketika Syamsul memberi mesej melalui whatsapp ketika selsai bernikah dengan Ira Kazar. 

Datin Patimah akui, Syamsul kini lebih menyebelahi keluarga Ira Kazar. 

“Anak saya tu hanya ada mesej melalui shatsapp saja dan dia beritahu dah nikah. Sekarang dia berkiblatkan family Kazar. Tidak tahulah apa yang sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah.” 

Walaupun apa yang anaknya lakukan, Datin Patimah masih berlembut hati, apatah lagi merupakan ibu yang melahirkannya. Masih lagi mampu memaafkan Syamsul Yusof. 

Namun Datin Patimah ketika ini masih tidak lagi terbuka hati untuk menerima apa yang family Kazar dah lakukan. 

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa memaafkan anak yang saya lahirkan. Akan tetapi saya tidak akan maafkan family Kazar di atas perbuatan mereka kepada menantu saya, Puteri Sarah.” 

Ramai yang menunggu pada minggu apabila dikhabarkan Puteri Sarah akan meneruskan niatnya untuk menfailkan perpisahan dengan Syamsul. 

Datin Patimah dan Datuk Yusof antara individu yang kuat memberi sokongan kepada Puteri Sarah dalam hadapi dugaan perkahwinan dengan Syamsul Yusof ini.