Sekitar gambar hari jadi ke 37 Fazura bersama Fattah Amin

18,281 views

Pada tarikh 27 September, maka genaplah umur Fazura ke 37 tahun. Lahir di Pekan Pahang, Nur Fazura akui pada tahun ini, semuanya lebih bermakna dengan bakal hadirnya ahli keluarga yang baru, iaitu baby yang bakal dilahirkannya kelak.

“Hadiah paling bermakna, my greatest gift”. Itulah tulis fazura di laman media miliknya semalam.

Sudah tentu hadiah yang dimaksudkan adalah merujuk kepada baby dalam kandungan Fazura yang dahpun menunggu masa sahaja untuk lahir di muka bumi ini.

Suaminya, pelakon popular Fattah Amin turut mengambil kesempatan di hari istimewa isterinya itu dengan menulis satu ucapan khas buat Fazura. Bagi Fattah, Fazura merupakan wanita yang dilabel superwomen.

Ini komen dari Fattah Amin: “Selamat hari lahir kepada superwoman isteri saya. Hari jadi kamu akan datang dan pergi, namun hati saya tak akan lepaskan dirimu selamanya. Tiada satu ungkapan dapat gambarkan betapa istimewanya dirimu kepada saya. Saya sayang dan cintai kamu setiap hari semakin bertambah”.

Fattah Amin turut memuatnaik beberapa gambar bersama Fazura Amin dan menulis ini detik sebelum mereka akan bertiga selepas baby mereka kelak.

Diruang komen, para peminat, follower dan rakan artis telah menulis ucapan selamat hari lahir buat Fazura.

Ini komen dari pengatin baru Mira Filzah: “May Allah ease everything for you”.

Tiara Jacquelina juga da menulis, ini komennya: “Happy birthday baby girl Fazura”.

Pelakon Zarina Zainuddin juga mendoakan buat Fazura: “Semuga Allah akan mempermudahkan segalanya dalam hidupmu, amin”.

Memang ramai lagi yang memberi ucapan kepada Fazura sempena hari kelahirannya yang ke 37 tahun itu.

Ketika ini, pelakon ini sedang sarat mengandung dan dah masuk 8 bulan. Semoga Fazura dan Fattah akan selamat menerima anak sulung mereka dengan selamat tak lama lagi.