Sekitar majlis pernikahan Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri

9,907 views

Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose, akhirnya kini telah selamat berkahwin dan bergelar isteri kepada pasangannya Nabil Jeffri

Raysha Rizrose yang juga merupakan adik kepada Uqasha Senrose, dan Nelydia Senrose ini, telah bernikah dengan pilihan hatinya, Nabil Jeffri pada malam tadi, hari Rabu, dengan tarikh perkahwinannya, 22 February atau pun 22/2/2023. 

Majlis pernikahan telah diadakan di sebuah hotel terkenal tanah air di Kuala Lumpur iaitu Grand Hyatt. 

Lebih kurang 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat yang hadir telah menyaksikan detik sejarah yang mana pasangan ini disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz saja.

Wang hantaran telah dirahsiakan dan mas kahwin sebanyak RM2222 telah diberikan oleh pengantin lelaki beserta 7 dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas sebanyak 7 dulang hantaran juga.

Kedua pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian serba putih. 

Raysha Rizrose didandan oleh jurusolek, Syed Faizal dan CK Liow serta mengenakan busana pengantin dari Teh Firdaus. 

Sementara itu, adik beradik serta keluarga Raysha Rizrose pula dilihat memakai pakaian dengan tema berwarna kuning pada majlis pernikahan tersebut. 

Ini beberapa foto sekitar majlis pernikahan Raysha Rizrose.

Pasangan pengantin Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri

Gambar Nelydia dan juga Uqasha

Raysha Rizrose atau nama penuhnya, Farza Naquraisha, merupakan adik kepada pelakon terkenal tanah air iaitu Uqasha Senrose dan juga Nelydia Senrose serta sepupu kepada Oktovia Manrose dan juga Aprena Manrose. 

Nama Raysha mula naik setelah berjaya menjadi juara rancangan Dewi Remaja pada tahun 2014. 

Sebelum ini, Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri telah bertunang pada bulan Disember tahun 2022. 

Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri sudah berkenalan lama, sejak di bangku sekolah lagi. 

Tahniah diucapkan buat Raysha Rizrose dan juga suaminya Nabil Jeffri.