Sekitar malam berinai Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah bertemakan Arabic Night

4,122 views

Umum mengetahui bahawa pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu kini dah pun mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah. 

Shuib dan Watie Hanifiah bakal melangsungkan pernikahan mereka pada tarikh 23 Jun 2023. 

Semalam telah berlangsung dua majlis untuk meraikan bakal pengantin ini iaitu majlis khatam Quran dan juga majlis malam berinai. 

Di waktu petang, Watie selesai membaca Quran hasil tunjuk ajar seorang ustazah selama satu minggu. 

Majlis khatam Quran itu diadakan Glasshouse, Seputeh dan turut diiringi oleh ahli kumpulan marhaban. 

Ini sedikit foto sekitar majlis khatam Quran Watie Hanifiah. 

Di sebelah malam pula, Shuib dan Watie Hanifiah telah membuat majlis malam berinai pula dan ianya dilangsungkan di tempat yang sama iaitu Glasshouse Seputeh. 

Tema yang dipilih untuk majlis malam berinai Watie Hanifiah ini ialah Arabic Night. 

Bakal isteri Shuib ini mengenakan busana berwarna merah jambu, dan dilihat sedondon bersama Shuib dan anak-anak. 

Kata Watie, majlis malam berinai ini dibuat 10 hari lebih awal kerana Shuib Sepahtu seorang yang amat busy dan hanya waktu ini saja bakal suaminya itu free. 

“Syukur, alhamdulilah saya happy sebab impian saya nak buat majlis malam berinai yang diimpikan tercapai juga pada malam ini.” 

“Memang saya suka dengan tema Arab ni kerana ia lebih meriah lebih-lebih lagi dapat diraikan bersama family serta kawan terdekat.” 

“Shuib ni amat sibuk dan jadualnya agak padat, sebab itu hanya tarikh ini kita dapat buat majlis pada malam ini.” 

“Bagi saya, memang lebih suka buat lebih awal kerana lepas ini dapatlah fokus untuk majlis pernikahan nanti.” 

Ini beberapa foto sekitar majlis malam berinai Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah, jom tengok. 

Ini pula gambar dari portal Astro Gempak dan CST production.

Diimbas kembali, Shuib dan Watie telah bertunang di Shah Alam pada 6 Mei lepas dan pasangan ini akan berkahwin pada 23 Jun nanti.