Kalau korang kaki Instagram, jika bukan je, dah tentu akan Nampak ramai artis Malaysia sedang bercuti di Pulau Langkawi. Tempat perlancongan popular di utara Malaysia itu memang jadi tumpuan rakyat Malaysia setelah tidak dibenarkan melancong di luar negara.
Antara selebriti yang sedang bercuti di Langkawi ialah seperti Nora Danish dan adik beradiknya, Emma Maembong dan suami, Apreena Manrose, Dato Chef Wan dan ramai lagi.
Begitu juga dengan pasangan baru berkahwin iaitu Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Macwilson yang telah memilih untuk bercuti di Pulau Langkawi sebagai tempat honeymoon.
Di laman IG, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah berkongsi gambar ketika bercuti di Langkawi dengan beberapa keping gambar di upoad menunjukkan betapa romantisnya pasangan baru berkahwin ini.
Kalau dilihat, Aiman lebih banyak berkongsi foto percutian mereka itu, yang mana mereka sedang mesra bersama menikmati keindahan tepi pantai, dan ada memperlihatkan Aiman sedang cuba duduk di atas hammock antara dua pokok kelapa.
Sementara itu, Zahirah dilihat banyak muatnaik momen secara live di inst story sahaja. Antaranya ialah momen ketika kedua mereka menaiki bot laju dan menikmati pemandangan sekitar laut ketika di atas bot.
Dari satu caption, Zahirah mengatakan sepatutnya mereka berdua bercuti di luar negara iaitu negara Maghribi namun hasrat berkenaan terpaksa ditunda ekoran isu yang melanda di seluruh dunia.
Oleh itu mereka memilih bercuti di dalam negara sahaja dan Langkawi menjadi pilihan. Ini tulis Zahirah: “What was supposed to be our Moroccan Mediterranean honeymoon”
Ini beberapa keping gambar honeymoon mereka di Langkawi.
Pada bulan Februari yang lepas, Zahirah Macwilson telah disatukan dengan Aiman Hakim Ridza di satu majlis yang dibuat di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara. Perkahwinan ini membuat ramai yang teruja yang mengatakan mereka berdua ini amat secocok dan bagai pinang di belah dua, sama cantik dan sepadan sekali.