“Semalam rasa sebak betul” Luahan hati terbaru dari Syada Amzah, anak bongsu Nd Lala

1,997 views

Anak bongsu kepada penyanyi terkenal Nd Lala iaitu Syada Amzah telah tampil memuatnaik satu luahan isi hatinya yang terbuku. 

Adik kepada Shila Amzah ini meluahkan perasaannya ketika sambutan hari raya aidilfitri yang keempat. 

Ketiadaan ayah tersayang iaitu Nd Lala ketika sambutan raya tahun ini sememangnya membuatkan Syada Amzah berasa sayu hati. 

Jelas Syada Amzah, dia merasa rendah diri sejak raya hari pertama lagi terutama jika melihat orang lain beraya bersama keluarga yang lengkap. 

“Dari first day hari raya tahun ini memang saya feeling seperti inferior apatah lagi melihat orang lain ada full family, dan ada yang berpasangan, dah tentu saya gembira untuk mereka.” 

“Namun hari semalam saya rasa macam rasa sebak betul. Finally get to sambut raya dengan adik beradik saya yang lengkap.”  

Jelas Syada Amzah, dia gembira saja sambut hari raya berdua dengan ibunya, namun akui berasa kesian melihat ibunya itu. 

“Jangan salah anggap, sambut hari raya berdua dengan my mum memang best juga, dia layan je saya beraya, malahan tema warna raya tahun ni saya yang pilihkan, dan my mum hanya ikut je apa yang saya mahu makan.”  

“Tetapi sebenarnya saya kesian melihat dia kerana mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak anak. It broke me.” 

Syada Amzah juga berkata, dia mengambil pendekatan untuk menjaga hati ibunya sepanjang sambutan raya tahun ini.  

“Belum lagi dengan saya nak kena jaga dia dari terdengar lagu raya sedih, sebelum dia start nak menangis, saya sudah menangiskan terlebih dulu dah.” 

“Mak saya ni anak yatim piatu, jikalau my grandparents masih ada lagi, itu pastinya membuatkan dia lebih gembira.” 

“Apapun semalam, adik beradik dia pun ada datang di sisi dia, terima kasih mak ngah dan mak lang sebab datang.” 

“Masa tu, cucu sedara memang penuh satu rumah, saya pun buat dia jadi busy semalam bila dah balik rumah, kami pun dah habis penat, saya sayang my mum.” 

Ini luahan penuh dari Syada Amzah yang dimuatnaik di Ig story miliknya. 

Sehingga kini status ibu Syada Amzah dan Shila Amzah masih lagi isteri kepada Nd Lala yang dikatakan sudah berkahwin lain.