Suami Amyza Aznan ditidurkan, ini puncanya

1,340 views

Pelakon Amyza Aznan, 46 tahun membuat pengumuman bahawa suaminya Khairil Izhar kini sedang berada di Hospital Ampang untuk jalani rawatan. 

Malam semalam, Amyza mendedahkan bahawa suaminya itu kini telah ditidurkan kerana berada di dalam keadaan kiritikal. 

Pengumuman berkenaan telah di buat oleh Amyza menerusi satu hantaran di media sosial miliknya semalam. 

Tentang penyakit suaminya, Amyza menceritakan, pada awalnya suami mengadu sesak nafas.  

Sebenarnya sudah tiga bulan suami Amyza alami kesukaran bernafas sehingga tak mampu untuk tidur seperti biasa. 

“Dah hampir dua bulan dia tak dapat nak tidur secara normal sebab tak boleh bernafas dengan baik. Dia tidur pun duduk. Kalau tidur baring akan rasa sesak nafas.” 

“Dia tak ada asthma namun jelas doktor pakar memberitahu suami saya telah alami kegagalan buah pinggang, yang mana proses untuk pam darah ke jantung tak begitu lancar. Itu yang punca dia sesak nafas.” 

Kerana keadaan sesak nafas yang agak kritikal, doktor memberi cadangan rawatan untuk menidurkan suaminya. 

Amyza bersetuju kerana dengan menidurkan Khairil ianya akan mengurangkan tekanan pada paru-paru. 

Dalam pada itu, bacaan kadar kreatinin untuk buah pinggang juga terlalu tinggi dan amat memudaratkan. 

Oleh itu, kerana sesak nafas yang teruk dan keadaan buat pinggang yang krtitikal, akhirnya suami Amyza ditidurkan. 

“Pagi tadi pihak hospital telefon saya minta datang ke hospital kerana keadaannya sudah kritikal.”  

“Doktor dah tidurkan dia untuk mengurangkan paru-parunya bekerja keras. Oxygen dia dah turun.” 

“Bacaan kreatinin buah pinggangnya mencapai 1000 yang mana ia sangat tinggi.” 

Amyza dan pun tandatangani surat izin membenarkan pihak hospital meneruskan rawatan dialisis dalam keadaan suaminya masih ditidurkan. 

Jika tak teruskan rawatan berkenaan, possibility lebih banyak kegagalan pada organ lain akan terjadi. 

Namun ada risikonya jika dia membenarkan rawatan tersebut, iaitu risiko jantung suaminya pula akan terhenti.  

“Kalau saya tak setuju buat dialisis, doktor kata ini akan merosakkan organ-organ lain tetapi kalau jalani proses dialisis ini pula risikonya juga tinggi sampai boleh menyebabkan jantungnya terhenti.” 

“Saya tidak tahu nak buat keputusan mana tetapi akhirnya saya setuju tandatangan untuk rawatan dialisis.” 

“Kena fikir secara positif sebab doktor memberitahu terdapat ramai pesakit yang berjaya melalui rawatan ini.” 

Itulah kisahnya suami Amyza Aznan yang ditidurkan kerana masalah buah pinggang sehingga sesak nafas. 

Sama-sama kita diakan buat keluarga Amyza Aznan.