“Serabut, semua nak kaitkan dengan saya” DS Vida rimas Iqbal asyik nak menyelit

5,954 views

Ahli perniagaan terkemuka, Dato Seri Vida kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Ku Ikhlaskan.

Dua hari lalu, Dato Seri Vida telahpun release muzk video lagu tersebut dan kini terus menjadi tular dan trending.

Boleh dikatakan mzuik video ini telah berjaya mendapat tempat buat penonton, dan sehingga kini views sudah pun melebihi satu juta.

Ini sememangnya satu pencapaian yang amat hebat buat ahli perniagaan ini.

Selain itu, turut timbul isu yang mana bekas kekasih serta pembantunya iaitu Ahmad Iqbal yang membuat pendedahan, lagu itu memang ditujukan kepada dirinya.

Antara yang jelas ialah ada gambar dirinya yang telah dipangkah, dan juga adegan memaparkan isu cincin, yang sinonim dengan kisah Ahmad Iqbal dan Dato Seri Vida sebelum ini.

Ditanya tentang dakwaan Iqbal ini, Dato Seri Vida menepis segalanya.

“Muzik video dan lagu ini tiada langusng kena mengena dengan dia. Serabutlah saya. Sekarang ni dah sendu, dah mulalah nak kaitkan dirinya dengan nama saya. Saya dah malas nak layan dia dah, kalau semakan kita layan naanti dia akan semakin menjadi-jadi pula.”

Itulah komen ringkas dan padat dari Dato Seri Vida. Ini pula responnya tentang gambar Iqbal yang berada dalam muzik videonya.

“Berkenaan ada foto dan gambar dia dalam muzik video itu, sebenarnya saya pun tak tahu ada foto dia tu. Semua benda ni dah disediakan oleh pihak prop. Sungguh tajam mata dia tengok semua tu, walhal saya sendiri pun tak perasan benda tu.”

“Malaslah saya nak fikir apa yang dia kata dan cakap. Ini yang dinamakan sumpahan tak boleh jadi popular, bila dah jadi popular mulalah lupa diri, lepas tu asyik nak berbunyi saja sebab sekarang ni dia dah jadi sendu.”

Itu respon Dato Seri Vida tentang kenyataan dari Ahmad Iqbal bahawa lagu Ku Ikhlaskan dari Vida itu ditujukan kepada dirinya.