Anak sampai menangis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terlalu busy

2,157 views

Pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini bukan saja setakat pelakon biasa-biasa, mereka berdua ini mempunyai visi dan wawasan sendiri, dan kini ternyata telah berjaya bukan saja dalam bidang seni tetapi juga dalam bidang business.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal amat berjaya dengan brand milik mereka iaitu Wawa Cosmetic.

Antara tanda mercu kejayaan business mereka ini ialah kini dah memiliki bangunan tiga tingkat sebagai wisma milik mereka. Nilanya juga mencecah lebih dari RM3 juta.

Sungguh pun berjaya dalam bidang perniagaan, sebenarnya banyak juga pengorbanan yang perlua kedua pelakon ini lalui untuk mengecapi kejayaan seperti ini.

Malah baru-baru ini, Wawa Zainal akui masa dia dan Aeril untuk bersama anak-anak juga kini semakin berkurangan.

Meraka amat sibuk sehingga dah tak dapat nak luangan masa dengan anak-anak.

Di satu video, Wawa ada menyatakan anak perempuannya sampai menangsi kerana terlalu rindu kedua ibu bapanya.

Video itu menunjukkan salah seorang anaknya sedang memeluk Aeril Zafrel.

“Dia nangis kerlana terlalu rindu akan mama dan ayah yang busy sangat memanjang. Minta maaf ye saya sayang. Kami dah janji nanti bulan Ramadhan ini kita luangkan masa bersama lebih banyak.”

“Lepas tu, hari ini juga kami dah nak kena fly lagi. Maaf ya. Memang rasa sangat bersalah pada anak-anak. Memang betul, sudah seminggu lebih saya memang tak ada masa nak rehat. Busy sangat.”

“Sekarang, anak-anak pun dah start bersekolah. Kami memang langsung tak berjumpa.”

Jelas Wawa Zainal, kerana terlalu rindu, sebelum fly dia ambil keputusan untuk luang masa sebentar dengan anak-anaknya.

Wawa Zainal dan Ariel Zafrel mempunyai empat orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar 8 tahun, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa 6 tahun, Ayya Soffya, 2 tahun dan Jibril Ibtisam baru tiga bulan.