Kalau sebut nama Aina Abdul, dah tentu ramai yang tahu dia ni seorang penyanyi yang berbakat besar dan mempunyai suara yang amat merdu.
Namun ada satu lagi orang kenal tentang Aina Abdul ni iaitu fesyen darinya yang memang pelik, berani, dan begitu menyerlah, serta lain dari yang lain. Ini memang sinonim dengan Aina Abdul.
Namun baru-baru ini, ada seorang lagi yang dikatakan nak jadi macam Aina Abdul malah fesyen yang dikenakan, memang mirip seakan fesyen Aina Abdul.
Tak lain tak bukan ialah Dato Seri Vida, yang menonjolkan fesyen berkenaan ketika tampil dengan lagu tebarunay berjudul Ku Ikhlaskan.
Ditanya tentang fesyen DS Vida yang seakan nak sama dengan dirinya, Aina Abdul memberi pendapat yang jujur saja.
Apa yang Aina jawab ialah, mungkin DS Vida hanya ambil inspirasi dari fesyennya saja.
“Tak ada istilah nak copycat lah. Semua masing-masing pun ada inspirasi dari seseorang, dari orang lain. Saya sendiri pun ambil inspirasi daripada orang lain juga sebenarnya.”
“Bagi saya, DS Vida tak adalah nak tiru atau apapun. Saya memang ada nampak komen-komen serta gurauan daripada peminat. Tapi itu hanya gurau-gurau manja saja, biasalah.”
“Tak ada yang ambil serius tentang isu macam ni. Saya pun memang tak kisah apa orang nak katakan. Bagi saya, DS Vida ini akan lakukan dan tunjukkan satu azam yang amat tinggi.”
Aina Abdul memang kagum dnegan keberanian serta semangat dari DS Vida.
“Saya sangat respect dengan beliau. Saya selalu suka DSV sebab yang uatamanya, dia ni memang seorang yang amat berani.”
“Dia wanita yang amat kuat. Benda yang dia lakukan, saya pun ada cuba belajar macam mana nak jadi macam itu. Mungkin orang di luar nampak benda yang lawak dan kelakar saja, tapi saya belajar dari segi positifnya. Dia jenis yang hanya nak jadi diri sendiri.”
Itulah respon Aina Abdul tentang fesyen Dato Seri Vida.