Seramnya, Shakilla Khoriri rakam anak ada ‘kawan’ misteri, “Tu dia namanya Comot”

2,141 views

Pelakon Shakilla Khoriri berdepan detik seram semasa bercuti dengan anaknya Ameena Sofia baru-baru ini. 

Shakilla Khoriri telah membawa anak tunggalnya, Ameena untuk bercuti di Pulau Pinang dan mereka tinggal di sebuah hotel di sana. 

Ada satu detik, ketika berada di hotel, Shakilla ada berborak dengan anaknya dan mendapati anaknya itu ada rakan semasa di sana. 

Namun ternyata, rakan anaknya itu, merupakan sosok yang misteri dan tak nampak dari mata kasar. 

Dalam satu video,  Shakilla Khoriri, bertanya kepada anaknya, siapa rakannya yang baru itu. 

Anaknya kemudian menunjukkan ke satu bahagian di bilik hotel itu, dan memang tak ada apa-apa di arah yang ditunjukkan oleh Ameena. 

“Awak tengah marah ke, marah siapa.” Tanya Shakilla kepada anaknya. 

Ini jawapan dari Ameena: “Haah, tengah marah, marah tu. Kawan Ameena tengah marah, namanya dia comot. Tu comot tu.” Sambil tunjuk. 

Shakilla bertanya lagi: “Mana kawan Ameena. Mana.” 

“Tu ha Comot tu, jom jom,” Jawab Ameena, yang terus membuatkan Shakilla rasa seriau seram. 

Dari caption yang ditulis, Shakilla memang seram habis, dan hanay menonton semula video tersebut setelah pulang ke rumah 

“Dia siap ada ajak jom tu. Tak kelakar lah Ameena. Nasib baik dah sampai rumah baru tengok video ni eh. Dia ada kawan pula kat sana tu.” 

Di ruangan komen, ramai netizen di luar sana yang turut rasa seram dengan kejadian ini. Malahan, ada juga berkata bagai ternampak bayang-bayang dalam video berdekatan dengan Ameena itu. 

Ada juga yang sempat bercerita pengalaman seram masing-masing semasa bercuti. 

Ini videonya:

@shakillakhoriri Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk…… 🫣😫🥺 #SKnASJourney ♬ original sound – shakillakhoriri

Untuk info, Ameena merupakan anak kepada pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali yang mana mereka berdua telah pun mengambil keputusan untuk berpisah.