“Terima kasih, hargai doa semua” ~ PU Azman

1,837 views

Penceramah terkenal, PU Azman, 41 tahun, menjadi bualan ramai setelah didakwa dimahkamah baru-baru ini setelah selama satu bulan dirinya disiasat, 

PU Azman dihadapkan ke mahkamah atas lima tuduhan melibatkan kes terhadap remaja lelaki yang masing-masing berumur 16 tahun dan juga 17 tahun. 

Bekas pemenang rancangan Pencetus Ummah ini mengaku tak bersalah setelah tuduhan dibacakan. 

Semasa bertemu pihak media, PU Azman mengucapkan terima kasih dio atas semua doa yang diberi pelbagai pihak terhadapnya. 

“Terima kasih sebab sudi tunggu dan Cik Man hargai semua doa daripada semua pihak. Tentang semua pertuduhan, saya serahkan segalanya kepada piha peguam saya.” 

PU Azman telah pun selesai membayar wang ikat jamin pada petang ketika hadir di mahkamah. 

Pada mulanya, pihak pendakwa mahu ikat jamin sebanyak RM15ribu untuk setiap kes, namun pihak peguam bela memohon pengurangan atas alasan pendapatan PU Azman terjejas sejak di tahan bulan lepas. 

“Beliau hadir dan telah pun menunjukkan kerjasama yang amat baik. Beliau seorang bujang namun telah tanggung ahli keluarganya di Rantau, Seremban.” 

Pihak mahkamah menetapkan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM40ribu. 

Sepanjang di mahkamah, PU Azman ditemani keluarganya iaitu kakak dan juga abang iparnya. Penceramah ini kelihatan dalam keadaan tenang saja. 

Tentang kes, PU Azman dikatakan melakukan sesuatu ke atas remaja berumur 17 tahun di sebuah rumah di Nilai pada 6 Julai. 

PU Azman juga dituduh melakukan perbuatan terhadap seorang lagi remaja berumur 16 tahun di rumah yang sama di Nilai. 

Jika disabitkan kesalahan, ianya boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan. 

PU Azman kini diarah untuk melapor diri di balai polis setiap Sabtu pertama setiap bulan dan dah pun serahkan pasport kepada mahkamah.  

Se­butan semula kes PU Azman ini telah ditetapkan pada 8 Disember 2022.