Serunding Saharul Ridzwan sampai berulat, tak laku terus

3,857 views

Asam garam kalau berniaga, kadangkala untung banyak tetapi boleh juga jatuh dan alami kegagalan. Itulah pahit manis jika berniaga.

Pelakon Saharul Ridzwan turut alami nasib yang sama apabila pernah gagal dalam perniagaan yang diceburinya.

Saharul akui pernah rasa rugi sehingga berpuluh ribu disebabkan perniagaan tak dapat sambutan.

Pelakon berumur 32 tahun ini akui, antara faktornya ialah kekurangan ilmu dan terlalu overconfident.

“Saya pernah ceburi bidang makanan dengan berniaga serunding. Selain itu saya juga jual perfume dan scrub muka. Akan tetapi ianya gagal sebab tak dapat sambutan, tiada yang beli.”

“Masa tu memang tak ada ilmu, dan sebab tak berjaya, saya telah rugi puluhan ribu ringgit, sampai habis duit simpanan family saya.”

Saharul sempat bercerita kisah ketika berniaga serunding, yang mana dia rugi besar, sebanyak RM30000.

“Contohnya semasa jual serunding, ketika itu di bulan puasa, saya telah alami kerugian RM30000. Stok semua tak terjual sampai berulat walhal masa tu modal banyak dah keluar.”

“Kerana kurang ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding paling terbaik kat dunia, sejak itu barulah saya sedar bahawa kita tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan.”

Kini, mengambil iktibar pengalaman lalu, Saharul Ridzwan tak patah semangat. Pelakon ini kini telah melancar perniagaan terbarunya iaitu produk wangian aromatik, Ode Scents.

Ianya merupakan pewangi aroma rumah dan kereta keluaran syarikatnya, Pack Houz. Khabarnya Saharul dah keluar modal sebanyak RM250000 untuk perniagaan kali ini bersama business partner, Nadzir Samsuddin.

Dalam pada itu, Saharul berkata populariti sebagai pelakon bukanlah tiket mudah untuk dia meraih kejayaan dalam perniagaan.

“Saya kembali mula dari bawah dan saya pun dah lalui perjalanan berliku. Saya dah rasai sendiri kesusahan ketika berniaga.”

“Saya jadikan Shuib sebagai idola dan pernah tanya serta dapatkan nasihatnya. Selain itu idola lain ialah Datuk Rosyam Nor. Populariti ni datang dan pergi mungkin tak tahan lama. Apapun, berlakon tetap minat utama saya.”

Semoga Saharul Ridzwan akan sukses dalam business kali ini.