Pelakon Mas Khan antara artis yang sudah pun menonton filem box office ketika ini iaitu Polis Evo 3.
Namun Mas Khan telah memberikan rating yang jujur untuk filem ketiga Polis Evo lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini.
Mas Khan hanya memberikan rating sebanyak 6 per 10 saja untuk filem arahan Syafiq Yusof ini.
Jelasnya ada beberapa sebab mengapa dia memberikan rating yang boleh dikatakan agak rendah itu.
Mas Khan berkata, ini juga mungkin disebabkan dirinya meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap Polis Evo 3 ini.
Antara yang membuatkan Mas Khan memberi rating yang rendah kerana perbandingan filem Polis Evo terdahulu dengan yang ketiga ini.
Baginya set penggambaran untuk filem kali ini nampak agak murah.
Selain itu, dia juga melabel filem kali ini lebih ke arah komedi berbanding yang terdahulu.
“Aku nak mohon maaf awal-awal lah jikalau ada pihak yang akan terasa. Secara jujurnya aku letakkan expectations yang amat tinggi untuk movie ini.
“Sebab ini merupakan arahan dari Syafiq Yusof, antara pengarah yang aku minat sangat di Malaysia ini.”
“Namun begitu, untuk Polis Evo 3, aku rasa sentuhan Plis Evo tu macam dah tak ada.”
“Mungkin kerana bajet yang lebih kecil atau apa, saya pun tak tahu lah. Set up semua nampak sangat murah, macam movie low bajet.”
“Saya memang tidak pertikaikan bab lakonan kerana para pelakon yang terlibat semua mantap.”
“Cuba kita tengok semula filem Polis Evo pertama dan yang kedua, betapa gempak betul set dia, letup sana sini, dengan squad polis yang besar. Namun kali ini, ianya lebih ke arah komedi.”
Mas Khan berkata janganlah dirinya dilabel sebagai seorang yang tak support industri filem tempatan, kerana dia antara orang yang paling excited untuk tonton filem ini.
“Jangan pula nak cakap aku ni tak support filem lokal. Akulah netizen yang excited sampai sudah pun membeli 10 ticket untuk rakan-rakan semua.”
“Mungkin ini pun salah saya sendirilah sebab letakkan expectation yang terlalu tinggi. Jika ada yang terasa saya mohon maaf ye.”
Itulah pendapat dari Mas Khan tentang filem Polis Evo 3.