“Akan masuk kalau nilai hadiahnya RM1juta” Aris Ariwatan

2,892 views

Lagu Lamunan Terhenti dan Permaidani, antara lagu yang masih menjadi siulan orang ramai. Bak kata orang, lagu yang amat evergreen. 

Kedua buah lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi bernama Aris Ariwatan, satu nama yang amat dikenali ramai. 

Pada tahun 2023 ini, ramai yang mahu melihat Aris Ariwatan kembali membuat comeback semula. 

Ada juga yang tertanya mengapa Aris Ariwatan tak sertai pertandingan Gegar Vaganza, untuk kembali menaikkan namanya semula. 

Menerusi satu temubual bersama Mstar, Aris Ariwatan ditanya tentang soalan ini dan terus memberi jawapan. 

Katanya dia memang pernah ditawarkan untuk sertai pertandingan Gegar Vaganza sejak dari musim pertama lagi. 

Namun begitu, Aris Ariwatan masih lagi belum terbuka untuk sertai pertandingan berprestij berkenaan. 

Jelasnya, sekiranya hadiah lumayan yang ditawarkan, barulah dirinya akan sertai Gegar Vaganza. 

Ini penjelasan dari Aris Ariwatan tentang Gegar Vaganza. 

“Harga artis di Malaysia ni lebih mahal dari itu, harga rakyat Malaysia lebih mahal dari itu. Itu pendapat saya lah.” 

“Saya akan join, kalau hadiahnya bernilai RM1juta. Itu bukan harga saya, tetapi itu harga karier saya, harga kerjaya artis veteran Malaysia. Harganya terlalu bernilai.”  

“Memang ada, saya pernah ditawarkan untuk sertai Gegar Vaganza sejak dari episod pertama, musim pertama tetapi saya masih dengan jawapan yang sama, keputusan saya, hanya jika hadiahnya bernilai RM1juta.” 

Jelas Aris Ariwatan lagi, artie veteran ini memang tinggi nilainya, dan di usianya dah masuk 59 tahun, dia tidak mahu seabrang isu ataupun kontroversi.  

“Harga artis veteran ni tak ternilai harganya, sekarang ni saya pun dah berumur 59 tahun, ini bukannya masa untuk cipta sensasi, kontroversi tetapi ini merupakan masa untuk berikan sesuatu buat generasi saya.” 

“Saya tak mahu generasi sekarang hanya menerima lagu tu sebagai makanan ringan.” 

Jelas Aris Ariwatan lagi, buat masa sekarang dirinya masih lagi menerima banyak tawaran nyanyian terutama untuk event syarikat korporat.