Dilabel artis biadap di Malaysia, ini respon dari Scha Alyahya

22,666 views

Pelakon dan pengacara Scha Alyahya akui rasa terkejut apabila dirinya telah pun dilabel sebagai artis biadap di media sosial. 

Label ini merupakan satu trend baru di Twitter yang telah membandingkan siapa artis Malaysia yang sopan atau biadap. 

Scha yang kini berumur 40 tahun berkata, dirinya merupakan seorang yang amat pantang dengan manusia yang tiada biadap. 

Namun isteri kepada Awal Ashaari ini akui sebagai manusia, mungkin ada masa akan terlepas pandang juga.. 

Ini penjelasan Scha Alyahya tentang label artis yang biadap ini.  

“Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, pernah saya tak senyum.”  

“Mustahil kita ni sebagai manusia ini tidak pernah buat kesalahan. Namun jikalau bercakap tentang hal biadap tu, memang jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang.” 

“Sebenarnya saya ni orang yang paling pantang dan tak suka dengan orang biadap, mahu pun orang yang berlagak.” 

“Ini kerana bagi saya, semua ni tak payah pun. Sebab di pengakhirannya, kita semua sama saja.”  

Melihat namanya tercatat antara artis yang biadap, Scha Alyahya tidak melatah sebaliknya meminta maaf sekiranya ada orang di luar sana yang terasa hati dengan kelakuannya. 

“Jikalau ada pernah alami hal yang kurang menyenangkan sedmikian dengan saya ni, saya nak minta maaflah. Mungkin saya tak sedarkah, atau masa tu ada masalahkah, memang tidak sengaja.”  

“Rasa kurang senang itu, mungkin saya punya salah yang saya pun tak sedar. Maaf kerana buatkan kalian rasa sebegitu.” 

Kata Scha Alyahya lagi, kemunculan trend sebegini diharapkan tidak membuatkan orang ramai terus cepat jatuhkan hukum.  

“Trend di Twitter memang sebegitu, kadang-kadang okay, kadang-kadang tak okay. Cumanya jangan terlalu taksub sehingga terus jatuhkan hukuman terhadap seseorang individu itu. Hati-hati dengan perkara yang kita nak cakap atau label seseorang. Ianya memberi kesan juga.” 

Itulah jawapan dari Scha Alyahya tentang trend ini, yang mana dirinay dilabel sebagai biadap.