Setelah ditidurkan, Siti Sarah jalani pembedahan keluarkan baby

1,497 views

Ini perkembangan terkini tentang penyanyi Siti Sarah yang telah dimasukkan ke hospital semalam.

Melalui satu perkongsian di laman IG, Shuib telah mengesahkan bahawa isterinya itu kini akan jalani pembedahan untuk mengeluarkan baby yang berada di dalam kandungannya. Hal ini diberitahu sendiri oleh Shuib sekitar jam 1 lebih tengah hari tadi.

Salam semua, terima kasih kepada sentiasa mendoakan isteri saya, Siti Sarah. Perkembangan terkini, isteri saya akan jalani pembedahan lebih kurang jam 2 ptang nanti.

Pembedahan dibuat untuk mengeluarkan baby dalam kandungan. Saya mohon teruskan doakan Sarah. Semoga operation itu akan berjalan dengan baik. Terima kasih semua.

Itulah kenyataan yang dibuat oleh Shuib Sepahtu tentang keadaan terkini isterinya.

Usia kandungan Siti Sarah dikhabar dalam lingkungan 7 sehingga 8 bulan, dan kemungkian operation dilakukan kerana doktor tidak mahu mengambil risiko membiarkan kandungan dan ibu mengalami komplikasi.

Diimbas kembali, Shuib sekeluarga telah menjalani swab test setelah pembantu rumah mereka disahkan positif. Kesemua ahli keluarga Shuib kemudian disahkan positif.

Pada petang semalam, Siti Sarah sepatutnya sudahpun menanggalkan gelang pink yang dipakai olehnya setelah disahkan positif covid.

Namun begitu, dikatakan bacaan oksigen Siti Sarah mula menurun dan tidak bagus. Oleh kerana Sarah sedang mengandung dan berisiko, penyanyi ini dibawsa ke hospital.

Ketika di hospital pemantaun di buat dan pada belah malam, Shuib sempat buat video call dengan isterinya itu. Ketika itu Shuib menyatakan bacaan oksigen masih belum baik.

Pagi Jumaat, Shuib mengesahkan Sarah telahpun dibawa ke unit rawatan rapi atau ICU. Menurut manager kepada Siti Sarah iaitu Nana, penyanyi berkenaan telah ditidurkan di ICU.

Sama-sama kita doakan agar Siti Sarah dan baby berkenaan selamat. Semoga operation cesarean section yang dibuat untuk lahirkan baby berjalan lancar, amin.