Telah dibedah, Siti Sarah kritikal, baby boy perlukan bantuan pernafasan

3,770 views

Ini satu lagi update terkini tentang keadaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang juga isteri kepada Shuib, pelawak tersohor dari kumpulan Sepahtu.

Melalui satu kenyataan yang dibuat oleh indigital Music, yang menguruskan karier Siti Sarah, dikahabarkan penyanyi berumur 36 tahun ini telah pun selamat melahirkan baby boy sekitar jam 5 petang tadi.

Ini kenyataan yang dibuat oleh Indigital Music: “Salam kepada semua. Untuk makluman semua Siti Sarah Raissuddin telahpun selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 5 petang tadi. Namun begitu keadaan Siti Sarah masih lagi belum sedar. Minta doa semua agar dapat dipermudahkan semua urusan dan juga agar Sarah kembali pulih.

Sehingga kini belum diketahui lagi status Siti Sarah yang masih belum sedar setelah jalani pembedahan Caesarean section untuk melahirkan baby yang keempat ini.

Sementara itu, satu update terbaru dibuat oleh Shuib yang mengesahkan bahawa Siti Sarah kini sedang tenat dan kritikal setelah jalani pembedahan untuk melahirkan anak keempat itu.

Shuib meminta semua orang untuk terus mendoakan agar isterinya itu kembali sedar dan kembali stabil. Ini kenyataan penuh dari Shuib.

Jelas Shuib, anaknya itu dilahirkan secara pembedahan dan selamat dikeluarkan sekitar jam 4 lebih. Keadaan anak dalam keadaan baik namun memerlukan bantuan pernafasan kerana tak cukup bulan. Dalam pada itu keadaan Sarah pula kini dalam keadaan kritikal.

Itulah perkembangan terkini tentang Siti Sarah, semoga semuanya akan selamat. Marilah sama-sama kita doakan.

Untuk info, Siti Sarah berkahwin dengan Shuib pada tahun 2011 dan sebelum ini mempunyai tiga orang anak dan termasuk baby boy baru ini maka nya sudah mempunyai empat orang anak.

Siti Sarah merupakan penyanyi popular dan terkenal dengan lagu seperti Kesetiaan, Sandarkan Pada Kenangan dan juga lagu catchy berjudul Jangan Kau Mimpi.

Selain menyanyi Siti Sarah juga pernah berlakon sebuah filem berjudul Man Swel Datang Kl bersama suaminya yang memegang watak utama.

Siti Sarah sebelum ini pernah menyertai beberapa rancangan nyanyian reality seperti One In Million. Dapat rancangan itu Sarah mendapat tempat ketiga.

Sarah juga menyertai rancangan nyanyian popular iaitu Gegar Vaganza musim ketiga dan menampilkan persembahan yang mantap setiap minggu. Sarah berjaya mendapat tempat kedua dalam rancangan berkenaan. Pememang Gegar Vaganza musim ketiga ialah Azharina.