Big Stage 2022 memang mendapat rating yang tinggi serta liputan yang amat meluas kerana penyertaan ahli perniagaan, Ahmad Iqbal dalam pertandingan berkenaan.
Namun ternyata perjalanannya dah berakhir dan hanya mampu bertahan selama dua minggu saja.
Persembahannya di minggu kedua tidak berjaya memikat para juri, hanya hanya memberikan markah keseluruhan 9 lebih sahaja.
Setelah terkeluar, ini komen dari Iqbal.
“Secara jujur memang saya ada rasakecewa sebab dah terkeluarkan. Saya ada juga letak harapan nak stay dan teruskan bertanding. Memang saya sedang belajar dan baru nak panas.”
“Selesa dapat bekerjasama dengan semua orang dan begitu juga dengan peserta lain, kami baru saja nak rapat.”
“Namun dah tiada rezeki untuk saya, saya sedar malam tu, mungkin saya akan terkeluar. Tapi saya dah buat yang terbaik.”
“Overall saya boleh kata berbangga dengan diri sendiri, melangkah dengan berani. Di dewan juga, ramai yang bersorak meraikan saya.”
“Ramai dah suka saya setelah nampak semangat yang saya beri, ada juga yang puji cakap saya ni berjiwa kental dan seorang yang rendah diri.”
Memberi respon tentang komen pedas dari Ajai, yang menyatakan dia tiada bakat, bagi Iqbal dia terima saja. Tapi dia akui ramai yang tidak berapa gemar dengan komen berkenaan malah ada yang suruh saman semula Ajai.
“Saya takde lah naksentap, saya okay ni saja. Dapat terima dengan hati terbuka. Saya serap komen dari mereka yang dah lama dan banyak pengalaman.”
“Memang ada supporter saya naik angin, sampai ada yang mohon saya pergi saman Ajai sebab komen sedemikian namun saya hanya ambil daripada sudut positif. Walau pedih, say redha dengan komen dari juri.”
“Apa yang abang Ajai komen itu, ianya tak buat saya untuk berhenti menyanyi. Saya akan belajar lebih tentang muzik.”
“Sejujurnya saya tak boleh berhenti menyanyi, kata-kata atau komen sedemikian tak tutup minat saya dalam bidang nyanyian. Saya akan tetap teruskan minat ini.”
Itulah jawapan dari Ahmad Iqbal setelah terkeluar dari Big Stage.