“Aidil mahu baby boy tahun ni, tapi jujur cakap saya belum sedia” Fasha Sandha

9,374 views

Pelakon popular Fasha Sandha kini sudah pun mempunyai tiga orang cahaya mata. Melalui perkahwinan sebelum ini bersama Jejai, Fasha Sandha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Bersama suaminya Aidil Aziz, Fasha dah menyambut kehadiran cahaya mata baru iaitu Aisha Amaira yang lahir pada bulan Ogos tahun 2020.

Di tahun 2022 ini, rupanya Aidil Aziz ada pasang niat dan impian untuk tambah seorang lagi, dan mahukan baby boy.

Namun jelas Fasha Sandha, buat masa sekarang dirinya masih lagi belum sedia untuk hamil.

Apa yang dilihat Fasha, dia membayangkan beberapa tahun lagi adalah tahun yang sesuai untuk hamil sekali lagi. Ini komennya kepada Berita Harian.

“Jika Tuhan dah beri rezeki untuk saya hamil lagi, saya akan terima. Tetapi kini umur saya dah masuk 37 tahun. Kemungkinan sebelum usia saya masuk 40 tahun, saya bolehlah untuk mengandung sekali lagi. Mujurlah suami saya Aidil seorang yang memahami.”

“Sekarang ni, dah cukuplah tiga orang anak. Nak tambah anak, mungkin sedikit lambat lagi. Aidil ada cakap dia ada mahukan baby boy pula, tahun ini.”

“Namun secara jujur, saya masih belum sedia. Saya agak sibuk dengan komitmen kerjaya, dalam bidang seni dan juga sebagai duta produk.”

Kata Fasha dia memang tak kisah kalau dapat seorang lagi anak sebab dari dulu memang amat sukakan kanak-kanak.

“Dari masa saya masih anak dara dah suka budak-budak. Masa dulu, jika ada masa lapang je, saya sanggup bawa anak jiran bawa pergi berjalan-jalan.”

Itulah kisahnya tentang impian Aidil Aziz yang mahukan seorang lagi anak bersama Fasha Sandha, yang diharapkan baby boy. Insyaallah jika diizinkan lagi, dan jika Fasha Sandha pun dah sedia nak mengandung, nanti akan ada rezekilah tu.