Kerana terlibat dengan satu kes yang mengatakan dirinya ditahan pihak berkuasa, Tauke Raja Lawak mengtakan dia kini mengundur diri dari bidang seni.
Pelawak berumur 45 tahun berkata dia memang banyak terima kata-kata yang kurang baik dari orang ramai setelah isu berkenaan tersebar.
Apapun, Tauke berkata dia memang ditahan polis namun hanya untuk membantu siasatan saja, dan nafi terlibat dengan kegiatan berkenaan.
“Akibat peristiwa ni saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan. Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain… saya rasa cukuplah setakat ini.”
Sungguhpun masih dalam siasatan, Tauke kesal kerana begitu ramai yang memandang serong dirinya. Akhirnya Tauke Jambu dedahkan siapa identity wanita dalam keretanya itu.
“Pandangan semua warganet ni seolah-olah Tauke Jambu buat perangai yang tak baik je. Dalam kejadian tu saya hanya hantar kenalan iaitu adik angkat perempuan saya, isteri saya pun kenal dia.”
“Ketika tu pihak polis tengah siasat tentang kes tu. Jadi boleh kata wrong time and the wrong place, saya pula lalu kawasan pemeriksaan tu, polis pun check la.”
Tauke berkata dia tak mungkin sampai nak jual adik angkat sendiri, tak tergamak nak buat macam tu.
“Yang saya hantar tu adalah adik angkat, ikutkan logik takkan la adik angkat saya yang akan jadi mangsa. Sebelum ni pun dia datang rumah untuk lepak-lepak, apa pula yang kata dia jadi mangsa.”
Bercerita tentang dakwaan ada jumpa barang di dalam kereta, Tauke turut membuat penafian, katanya yang ada dalam kereta ketika itu hanya buah-buah yang mahu diberi kepada isterinya sebaik pulang ke ibu kota.
“Saya mahu warganet semua tahu hal sebenar, barang yang ada dalam kereta hanyalah buah rambutan gading dan juga petai bukan barnag yang bukan-bukan. Rambutan dan petai tu untuk isteri saya.”
Itulah penjelasan lanjut dari Tauke yang popular dengan kumpulan Jambu.