Sayu tengok video, detik pertama kali baby Zahirah Macwilson jumpa atuknya

4,774 views

Sebagai seorang atuk, sudah tentu nak jumpa dan bertemu dengan cucu, apatah lagi kalau cucu tunggal, ada seorang saja cucu. Itulah yang dirasai oleh Zainol Macwilson, bapa kepada Zahirah Macwilson.

Sejak baby Isaac Raees dilahirkan, Zainol Macwilson masih belum sempat bertemu dengan cucunya itu. Faktor utama ialah kerana penutupan border, tak boleh rentas negeri sebelum ini.

Kini, setelah border antaar negeri dibuka, dan dah dibenarkan merentas negeri, Zainol akhirnya dapat juga bertemu dengan cucunya itu.

Pertemuan pertama kali antara Zainol Macwilson dan baby Isaac Raees itu dikongsikan oleh Zahirah menerus satu entry di laman IG miliknya pagi tadi.

Dapat dilihat Zainol agak sebak sebab pertama kali dapat dukung dan peluk cucu tunggal. Ini tulis Zahirah di ruangan caption.

“Isaac Raees finally meets his grandpa for the first time and grandpa finally meets his first grandchild. Isaac akhirnya dapat jumpa juga atuk dia, buat pertama kalinya.”

Di ruangan komen, ramai juga yang terasa sayu melihat Zainol Macwilson yang terus mendukung baby Isaac.

Ramai netizen yang dapat merasakan baby Isaac juga berasa amat gembira dan serasi dengan atuknya itu, setelah didukung dan peluk terus tersenyum baby Isaac.

First time jumpa terus serasi, senyum je baby dengan atuk dia.” Tulis seorang netizen.

Sebelum ini, pada bulan September, Zainol ada menulis dia terubat rasa rindu setelah melihat poster anaknya di sebuah kedai, walaupun belum dapat jumpa anak dan juga cucunya itu di depan mata.

“It is ok kakak, papa belum dapat untuk jumpa kakak dan cucu papa yang comel tu. Sebab dapat tengok kakak kat poster kedai telefon ini pun dah terubat rasa rindu papa. Love you kakak.”

Ketika itu, Zahirah Macwilson juga ada menulis reply: “Love you papa. See you soon Insyaallah.”

Kini atuk pun dah jumpa baby Isaac Raees, syukurlah.