Shuk Sahar, Fara Salleh selamat bernikah

8,593 views

Shuk Sahar, 37 tahun, kini dah pun menamatkan zaman bujangnya. 

Hal ini telah pun disahkan oleh isteri barunya iaitu wanita bernama Fara Salleh. 

Fara Salleh merupakan wanita yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shuk Sahar. 

Jelasnya, dia dan Shuk telah disatukan sebagai suami isteri pada awal bulan November tahun lepas. 

Dikatakan pernikahan di antara Shuk Sahar dan Fara Salleh berlangsung di Johor Bahru iaitu di kampung halaman Fara Salleh. 

Dengan sekali lafaz, Shuk dan Fara selamat bergelar suami isteri. 

Namun begitu, Fara berkata, dia dan suami masih lagi belum melangsung sebarang majlis persandingan. 

Ini kenyataan dari Fara Salleh seperti yang dilaporkan Mstar.  

“Yes benar, kami sudah sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz saja.”  

“Kami berdua telah bernikah pada awal bulan November tahun lalu, kiranya dah empat bulan lah.” 

Itu saja kenyataan ringkas dari pengantin baru ini. Fara tidak mahu ulas lebih detail tentang majlis pernikahannya. 

Dalam pada itu, Shuk sehingga kini tak mahu memberi sebarang ulasan tentang perkahwinannya. 

Shuk berkata, hal berkenaan boleh ditanyakan kepada Fara terus. 

Sebelum ini, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun berpisah pada tahun 2023. 

Shuk dan Sera telah dikurniakan dua cahaya mata. 

Hubungan di antara Shuk dan Sera dikatakan masih lagi baik demi anak-anak mereka. 

Ketika ini juga, Shuk dilihat sudah kembali aktif dalam bidang seni, malah semakin dikenali menerusi siaran podcast.  

Pelawak ini juga beberapa kali dipanggil menjadi pelakon undangan dalam rancangan Ubi Superstars dan juga siaran radio Kool Fm. 

Shuk juga sibuk dengan perniagaannya menjual serum. 

Tahniah diucapkan buat Shuk Sahar dan Fara Salleh, selamat pengantin baru diucapkan.