Kebenaran akan terbukti, kita tunggu dan lihat, komen suami Nadia Brian

8,186 views

Kisah yang tersebar tentang perkahwinan pelakon Nadia Brian dan ahli perniagaan Muizz Nasruddin masih jadi tanda tanya.

Semalam pelakon bernama Aidit Noh membuat satu kenyataan bahawa dirinya bukanlah orang yang terlibat sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Nadia Brian dan suami.

Kini sudah tiba giliran Muizz untuk memberi sedikit komen tentang keadaan yang berlaku.

Jelas Muizz segala yang berlaku akhirnya pasti akan terbongkar tak lama lagi. Ini kenyataan dari Muizz.

“Benda ini senang sahaja, semua kebenaran dan keadilan pasti akan terbongkar serta terbukti satu hari nanti. Tuhan akan permudahkan segalanya. Saya tak mahu lah nak komen banyak-banyak.

“Saya tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Netizen nak cakap apa itu hak mereka”.

Tentang status hubungannya dengan Nadia Brian, Muizz akui mereka masih lagi suami isteri ketika ini.

“Status perkahwinan kami ketika ini masih lagi sah. Oleh itu tak perlu lah saya nak padam gambar kami ketika ini. Saya rasa semua pun boleh nilai sendiri. Saya tak ada rasa tertekan pun dengan segala yang berlaku kerana Allah ada dengan saya”.

 “Saya hanya mahu ucap jutaan terima kasih kepada family dan friend semua yang selalu bagi sokongan dan dorongan untuk saya hidup seperti biasa. Sekarang ni, itu saja yang saya boleh share pada semua.

Kisah perkahwinan Nadia Brian mula dihidu orang ramai setelah Muizz upload sekeping foto hitam putih dengan luahan hati yang sedang dikecewakan oleh seseorang.

Nama Aidit Noh terbit setelah Muizz buat hashtag menulis An yang rata-rata mengandaikan ianya nama pangkal Aidit Noh, apatah lagi pelakon ini berlakon bersama Nadia Brian dalam drama bersiri dua puluh episode.

Pasangan ini bernikah pada bulan November tahun 2019 dan tidak mempunyai cahaya mata.