"Silap besar pergi lari, saya akan cari lawyer" Siti Sarah - News Tel

“Silap besar pergi lari, saya akan cari lawyer” Siti Sarah

4,320 views

Penyanyi yang juga isteri kepada Shuib Sepahtu, Siti Sarah telah naik angin apabila menerima berita tentang satu kes melibatkan pekerja syarikat minuman Bubble Bee.

Satu kejadian menimpa seorang staff syarikat air berkenaa yang telah kena langgar lari di Johor.

Kejadian berkenaan terjadi betul-betul di depan pasar raya Econsave Jalan Pesta.

Menerusi kenyataan sakisi kejadian, kereta yang membuat onar dan lari itu merupakan kereta jenis Myvi.

“Satu dugaan berat buat seorang pekerja saya di Bubble Bee Malaysia. Dia dah kena langgar lari. Ya tuhanku, kenapalah bila sudah terlanggar tu nak kena lari, tak boleh kah pergi tolong, memang biadap.”

“Kalau hal seperti in terjadi kepada family awak macam mana rasanya. Staff ni kena kat Muar, kes langgar lari, namun orang ramai dah dapat nombor plat kereta yang langgar tu.

Selepas kejadian, mangsa telah tercedera dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan melalui ambulans.

Siti Sarah turut mengesahkan pihaknya telah pun membuat satu laporan polis tentang kejadian yang berlaku itu.

Tentang keadaan staff berkenaan, setelah dibawa ke hospital, pihak doktor mengesahkan pemuda tersebut alami patah tulang di tangan dan juga area peha.

“Dia dah patah pada tangan dan peha. Pipi dan hidung dia pula terkoyak. Tempat kejadian ialah di depan econsave pesta muar. Kerete langgar disyaki ialah JKF9590 jenis kereta Myvi.”

“Silap besar kau lari dik, saya akan cari peguam. Mungkin staff saya ni bukan darah danging saya tetapi saya anggap dia macam keluarga besar Bubble Bee.”

Kesian staff berkenaan, sampai hati betul boleh lari. Alangkah lebih baik jika beri bantuan dan bertanggungjawab. Semoga urusan pemuda ini dipermudahkan dan cepat sembuh.

Latest from Viral


Sempena hari bapa, Fizz Fairuz dapat berita isteri hamil anak keempat

2,334 views

Sempena hari bapa yang disambut, Datuk Fizz Fairuz telah mendapat hadiah yang cukup bermakna buat dirinya.

Pelakon berumur 41 tahun ini mengesahkan bahawa isteri tercinta, pelakon Almy Nadia disahkan telah hamil anak ke empat.

Fizz Fairuz memaklumkan hal yang gembira itu melalui satu entri di laman Instagram miliknya pada hari ini.

Sempena hari bapa, Fizz muatnaik aktiviti seharian bersama keluarganya, seperti menyanyi karaoke bersama anak-anak.

Kemudian anak-anak ada membuat kad ucapan kepada Fizz Fairuz. Almy Nadia juga dilihat telah berikan hadiah kepada suaminya itu. Di gambar terakhir, Fizz Fairuz ada upload dua alat pregnancy test.

Ini captionnya: “Thank you ingat kat papa, harapnya korang akan ingat lah jasa papa masa muda sampai lah korang tua, okey. Terima kasih semua kesayangan papa, thank you mama. Apabila sudah jadi bapa club ni kenalah bagi ucapan dan hadiah, tapi hadiah last sekali paling bermakna (merujuk gambar pregnancy test) syukur sangat.”

Menerusi satu laporan Berita Harian, Fizz Fairuz menyatakan isterinya Almy telah buat dua kali ujian kehamilan untuk confirmkan dirinya dah hamil.

“Almy buat ujian sebanyak dua kali dan dia buat guna alat yang berbeza. Syukur, alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Sekrang ni ssteri saya dah hamilk dan usia kandungan sekitar 15 minggu.”

“Ada yang kata ini merupakan rezeki anak PKP, macam-macam lah. Apapun, saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga semua urusan akan dipermudahkan untuk Almy Nadia.”

Mempunyai tiga orang anak perempuan, Fizz Fairuz menyatakan dia harap boleh lah dapat rezeki, namun tak berapa kisah tentang jantina anaknya itu.

“Biarlah, semuanya ketentuannya. Jika boleh memang mahu anak lelaki kerana sekarang semuanya girl. Tapi biar apa pun jantinanya, kami terima saja dengan hati terbuka.”

Untuk info pasangan Fizz Fairuzz dan Almy Nadia bernikah pada tahun 2014.

Go to Top