“Saya tak ada jawapan bila akan ada anak” 6 tahun kahwin, masih ternanti

1,948 views

Apabila seseorang itu telah melafazkan akad nikah dan sah bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah, antara idaman dan fasa selanjutnya ialah bergelar sebagai ibu bapa.

Memiliki anak sendiri sebagai penyeri keluarga, memang jadi impian ramai pasangan suami isteri di luar sana.

Begitulah juga yang diidamkan oleh pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh.

Kini Marsha dan suaminya iaitu Shaiful Nizam, dah mendirikan rumah tangga selama hampir 6 tahun, namun masih lagi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sememangnya mereka ternanti-nanti berita gembira untuk dikurniakan zuriat. Menerusi satu laporan dari Media Hiburan, Marsha berkata dia pun tak ada jawapan bila akan mendapat anak.

“Jika disentuh hal anak, kami berdua masih belum ada lagi rezeki. Kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik yang terbaik saja.”

“Sebenarnya memang saya tiada jawapan, bilakah saya akan dikurniakan anak, saya hanya mampu untuk berserah saja pada Allah, semua dengan keizinan Illahi.”

“Dia yang maha mengetahui. Hanya tuhan saja yang tahu bila masa yang paling sesuai serta tepat untuk saya dan suami bergelar ibu bapa dan ada anak sendiri.”

Marsha memberitahu lagi, dia dan suami langsung tak pernah buat sebarang perancangan untuk menimang cahayamata, dan amat terbuka tentang mendapat cahaya mata bila diizinkan.

“Secara jujur, saya dan suami tak ada merancang namun untuk soal hamil itu semua adalah urusan dengan keizinan yang maha esa.”

“Ketika mula kami kahwin, kami memang tak tolak jika dikurniakan rezeki anak awal dan kami memang berserah saja.”

“Namun tak ada lagi, harap semua sama-sama dapat doakan agar saya dimurahkan rezeki untuk ada anak sendiri, insyaallah.”

Itulah kata-kata dari Marsha tentang isu zuriat ini. Semoga pasangan ini dapat menerima zuriat di masa depan.