Siti Elizad nak sangat miliki cahaya mata sendiri, kini buat rawatan kesuburan

8,718 views

Kini dah pun masuk umur 36 tahun, pelakon Siti Elizad mengambil keputusan untuk berusha mendapatkan zuriat setelah 5 tahun berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Pelakon ini telah jalani rawatan untuk mendapatkan cahayamata iaitu In vitro fertilization.

Mengikut rancangan, rawatan kesuburan ini akan dibuat oleh Elizad bermula pada bulan Oktober tak lama lagi.

Siti Elizad membuat pengumuman tentang rawatan yang bakal dijalani ini menerusi satu entry di laman media sosial miliknya.

Kalau ikutkan, Elizad patut dah buat IVF lebih awal namun menerima tawaran berlakkon dan sebelum ini dia terikat dengan penggambaran.

“Sebelum ni saya kena tunda rawatan kesuburan yang dirancang lebih awal. Masa tu saya berakon untuk drama berjudul Jalan Sesat Ke Syurga yang diarahkan Osman Ali. Memang tak sangka PKP terjadi oleh itu drama itu tertangguh.

“Sekarang ni drama dah selesai dan saya tak nak tangguh rawatan ni lagi. Secara jujur, memanglah diri ini rasa gementar untuk melalui proses IVF ni, namun saya nak berusaha.

“Keinginan nak ada cahaya mata sendiri memang dah lama pendam dan idamkan. Namun, Tuhan telah beri ujian untuk saya belum dikurniakan rezeki lagi.

Sepanjang buat rawatan ini, pihak doctor telah beritahu bahawa Elizad tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti lasak lagi dan juga kerja berat.

“Doktor kata jangan nak tertekan dan saya kena sentiasa happy. Semasa buat IVF, saya akan kerja sebagai penyampai radio, ianya diteruskan. Kerja di konti bagi saya tak ada rasa pressure dan banyak duduk.

“Untuk lakonan, saya kenalah ketepikan dulu terutama tawaran untuk watak berat dan emosi. Aktiviti lasak seperti tunggang motosikal juga saya akan ketepikan. Sepanjang tempoh rawatan ini, saya dinasihati agar jangan buat kerja berat.

“Sekarang ni, saya dah pun mula makan ubat yang disyorkan dan sedang menanti perkembangan selanjutnya untuk rawatan IVF ini.

Untuk pengetahuan, Siti Elizad berkahwin dengan suaminya bernama Shamsul Baharin pada bulan Januari tahun 2015.