Siti Elizad terkejut, terharu, gembira dapat call dari Tuanku Permaisuri Azizah

1,801 views

Pelakon Siti Elizad telah menerima satu hadiah yang membuatkan dirinya begitu bahagia. Hadiah yang dimaksudkan ialah satu panggilan telefon dari insan yang amat istimewa buat dirinya.

Panggilan itu ialah dari Tuanku Permaisuri Azizah, permaisuri Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Sememangnya tak dapat digambarkan lagi perasaan apabila boleh menerima panggilan telefon dari seseorang seperti Tuanku Permaisuri, moment yang tak dapat dilupakan oleh Siti Elizad.

Saya nak cerita moment yang amat special, hari yang amat happy buat saya. Saya telah terima phone call dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah. Bertanyakan tentang keadaan diri saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya dilabel sebagai ‘mandul’ sebelum ni.

Memang benar-benar telah buat hati saya tersentuh, menerima panggilan dari Tuanku. Terharu tambah terkejut. Ini umpama satu mimpi dapat berbicara dengan Tuanku Permaisuri.

Tuanku Permaisuri amat prihatin dengan kisah saya, dan telah beri kata-kata semangat dan sempat bercerita tentang perjalanan Tuanku alami, sebanyak 17 kali buat IVF. Memang sesuatu yang menyakitkan dan hanya yang pernah jalani saja tahu.

Siti Elizad turut menceritakan sepanjang telefon, memang jelas sifat keibuan yang ditampilkan oleh Tuanku Permaisuri Azizah.

Sungguh keibuan dan sempat juga Tuanku tanya saya seperti ini ‘Saya tengok drama awak sebelum ni , awak dah tak berlakon lagi ke’ Itu tanya Tuanku.

Terima Kasih banyak Tuanku Permaisuri, ini benar-benar made my day. Ampun Tuanku.

Siti Elizad turut menjelaskan dia bercerita tentang perjalanannya membuat rawatan IVF adalah untuk memberi information kepada mereka yang mahu tahu saja.

Tiada sebarang paksaan pun kalai nak ikuti kisah saya atupun tidak, ianya terpulanglah kepada para follower semua. Saya hanya nak ceritakan pengalaman saya kepada mereka yang nak info saja.

Itulah kisahnya perbualan telefon antara Siti Elizad dan juga Tuanku Permaisuri.