Zarina Anjoulie buat report, nak saman anggota polis wanita

2,784 views

Pelakon Zarina Anjoulie hari ini telah muat naik satu post yang mengatakan bahwa dia sudahpun bersedia untuk ambil tindakan mahkamah ke atas seorang anggota polis wanita.

Malahan satu report polis telah dibuat ke atas anggita polis berkenaan. Namun begitu, tidak diketahui apa kes yang sedang berlaku antara Zarina Anjoulie dan polis berkenaan.

Namun antara yang ditulis oleh Zarina Anjoulie ialah berkaitan integrity anggota polis tersebut.

Ini antara yang ditulis oleh Zarina Anjoulie tentang kes ini.

Syukur dah buat report polis kepada seorang anggota polis wanita. Selepas siasatan, saya akan ambil tindakan menyaman polis berkenaan. Buat masa sekarang saya tidak akan dedah indentitinya. Kalau naik court nanti korang akan tahu siapa.

Anggota polis wanita yang bakal saya akan saman, dimana intergriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita. Saya rasa bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib macam diri saya juga.

Saya tidak mahu berdiam diri, saya akan juang habisan untuk kes ini. Oleh kerana anggota ni nak viral, nak glamour, saya akan viralkan sehabis habisan sampailah saya menerima keadilan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, Zarina juga ada menulis satu komen khas buat anggota polis berkenaan.

Antaranya Zarina mengatakan bahawa polis wanita berkenaan dah cuak, namun Zarina tetapi akan pastikan anggota berkenaan menerima tindakan.

Kamu memang tak guna akal, aku dengar sekarang kamu dah cuak. Baru fikir masa depan kerja kau. Malangnya buat kamu, saya akan pastikan kamu kena tindakan yang sewajarnya. Tu la ada perempuan ni kadangkala rasa diri hebat, bila kita ambil tindakan terus ada rasa cuak.

Itulah antara yang dimuatnaik oleh Zarina Anjoulie pada pagi ini. Ramai tertunggu apakah kes yang sedang berlaku kepadanya.