Siti Saleha tayang kekasih kacak, jejaka mix “Memang secocok”

6,543 views

Pelakon popular tanah air, Siti Saleha telah muatnaik gambar dengan seorang jejaka di laman media sosial miliknya malam semalam. 

Ini sekaligus mencetuskan pelbagai komen di ruangan komen di gambar berkenaan dan ini termasuk komen dari rakan artis. 

Jejaka berkenaan merupakan individu yang dikatakan telah menjadi teman atau kekasih hati Siti Saleha yang baru. 

Sebelum ini, Siti Saleha, 32 tahun, telah akui bahawa dirinya telah dimiliki seseorang dan sedang mengenal hati budinya. 

Jelas Siti Saleha, dia sedang berkawan dengan seorang jejaka yang juga seperti dirinya iaitu berdarah kacukkan. 

“Kami berdua ada persamaan, iaitu kami berdua ni mix, kami ada keturunan orang putih.” 

“Nantilah saya akan kongsi di Instagram, apabila saya dah bersedia. Tak ada apa yang serius, namun saya boleh katakan bahawa dia memang lelaki yang amat baik.” 

Malam tadi, Siti Saleha dilihat telah bersedia untuk memperkenalkan jejaka berkenaan. 

Siti Saleha telah muatnaik dua keping foto berdiri bersama jejaka kacak berkenaan dalam satu event iaitu majlis Citta Bella sempena 25 tahun. 

Jejaka berkenaan memang handsome dan sasa tubuh badannya, secocok benar dengan Siti Saleha. 

Dari wajahnya, memang jejaka berkenaan jelas seorang yang berdarah mix, darah kacukkan. 

Pelbagai komen dari rakan artis yang ditulis termasuk dari Awal Ashaari, Sara Mack, Susan Lankester,Hunny Madu, Tiz Zaqyah, Nelydia Senrose, Ummi Nazeerah dan ramai lagi. 

“The cat is out of the bag” Tulis Awal Ashaari. Scha Al Yahya juga menulis dengan memberikan emoji love kepada gambar Siti Saleha itu.  

“Akhirnya, kini dah pun didedahkan” Tulis Sara Mack Lubis. 

“What a pleasant surprise” Tulis Tiz Zaqyah. 

“Lovely couple, pasangan yang sama cantik” Tulis Susan Lankester. 

Rata-rata memberi komen yang positif dengan emoji love kepada Siti Saleha setelah muatnaik gambar bersama jejaka berkenaan. 

Sehingga kini belum diketahui identiti serta nama jejaka yang berjaya menambat hati Siti Saleha itu, namun dikatakan seorang pengasas jenama terkenal, kita tunggu cerita lanjut dari tuan badan nanti.