Solekan nampak pelik menakutkan, akhirnya ini respon Dato Seri Vida “Bertenang semua”

6,499 views

Dato Seri Vida tampil dengan satu solekan yang agak unik ketika hadir untuk menjadi juri di pentas Big Stage malam tadi. Ternyata ramai yang memberi pendapat kurang baik tentang solekannya itu.

Ada yang gelihati dan ada pula yang rasa seram dan terkejut setelah melihat wajah Dato Seri Vida secara dekat.

Ramai mengatakan tak patut Dato Seri Vida tampil sebegitu kerana wajahnya nampak lain dan tidak berapa cantik, atau tak sesuai dengan DS Vida.

“Ikhlas dari saya ni, memang tak cantik Dato make up macam ni. Tolong jangan buat macam ni.”

“Dah tua ni, tolong ubah penampilan ni Dato. Ini bukan nampak muda, tapi dah nampak menyeramkan dah ni.”

Itu antara komen dari netizen kepada solekan Dato Seri Vida.

Oleh kerana penampilannya itu mendapat komen yang kurang baik dari orang ramai, akhirnya tuan punya badan tampil menjelaskan kenapa dia buat solekan sedemikian.

Sebenarnya ini hanya mengikut tema Big Stage iaitu perubahan sebanyak 360 darjah. Oleh itu Dato Seri Vida pun berubah lah wajahnya.

Selain itu, Vida juga menjelaskan bahawa ini juga merupakan salah satu watak dan karakter darinya dalam muzik video yang akan dilancarkan pada minggu depan.

“Bertenang semua, ini hanya karakter saya. Salah satu watak saya dalam muzik video baru saya nanti. Jadi semua kena tengoklah nanti, minggu depan.”

“Semua ni saya make up sendiri je pun.” Itu kata-kata dari Dato Seri Vida yang menjelaskan penampilan uniknya itu.

Diruangan komen juga, anak Vida iaitu Cik B turut ada tulis memuji ibunya itu, mengatakan ianya agak berseni.

“Lawa lah mama, memang artistic sangat ni.” Itu komen simple dari Cik B.

Sebelum itu, Dato Seri Vida juga mendedahkan dia sudah menghabiskan sebanyak RM400 ribu untuk melancarkan lagu dan juga muzik video terbaru nyanyiannya berjudul Ku Ikhlaskan, yang akan di release pada 20 Mac depan.