Sayunya, Fizi Ali tak dapat celebrate birthday dengan anak, hanya letak hadiah pada guard

7,444 views

Penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali membuatkan ramai follower yang masuk habuk matanya dengan satu video yang agak sayu.

Dari video itu, Fizi Ali membuat luahan hati, mendedahkan dia tak dapat nak sambut hari lahir anaknya.

Yang buat ramai sayu ialah apabila Fizi Ali hanya meletakkan hadiah untuk anaknya itu di tempat guard atau pos keselamatan saja.

“Daddy minta maaf, tak dapat celebrate birthday awak. Daddy letak hadiah kat guard, nanti mereka akan hantarkan.”

“Happy birthday Ameena sayang. Daddy dah upload video di sini agar jika daddy dah tak ada nanti, awak akan ada memori bolehlah tengok di sini.”

“Nanti bila Ameena dah besar, barulah akan faham. Daddy tak pernah melupakan awak sungguhpun untuk sesaat. Awaklah nyawa daddy.”

Tentang mengapa tak dapat jumpa, Fizi Ali mendedahkan dia tak mahu dituduh sebagai punca pembawa penyakit kepada anaknya, kerana sebelum ini Ameena dikatakan telah positif.

“Minta maaf sangat sebab tak dapat jumpa awak. Ini kerana daddy tak nak lagi kena tuduh sebagai orang yang membawa penyakit pada awak. Daddy dah tak sanggup nak tengok awak sakit dari jauh dan tak dapat nak jaga awak, tak dapat sentuh awak. Maafkan daddy ye.”

Luahan dari Fizi Ali ini telah menerima sokongan dari rakan-rakan penyampai radio yang lain dan antaranya ialah Feeya Iskandar dan juga Suraya Borhan.

“Fizi, janganlah asyik mahu salahkan diri sendiri. Stay strong okey.” Itu komen dari Feeya Iskandar.

Kemudian, ada satu perkembangan terkini, beberapa jam selepas itu, Fizi Ali muatnaik satu video yang agak menggembirakan. Akhirnya Fizi Ali bertemu dan menyambut hari lahir bersama Ameena Sofea.

Fizi Ali kemudian berterima kasih kepada semua, termasuk ibu kepada Ameena iaitu bekas isterinya, Shakila Khoriri yang membenarkannya berjumpa dengan Ameena Sofea.

“Syukur, terima doa semua, dah dapat luah rasa rindu. Terima kasih pada umi Ameena juga bagi daddy jumpa. Dapat selebrate birthday sama-sama.”

Happy birthday Ameena Sofea, semoga segala urusan Fizi Ali dan juga Shakila Khoriri akan dipermudahkan.