Suami Amyza Aznan lumpuh kena stroke

6,354 views

Selebriti Amyza Aznan hari ini berkongsi satu kisah tentang suaminya. Pelakon ini telah upload satu di laman IG miliknya sempena ulang tahun perkahwinannya (anniversary) yang ke16.

Namun begitu, perkongsian video yang berdurasi lebih tiga minit itu mendapat perhatian prang ramai apabila Amyza Aznan telah membuat pendedahan bahawa suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, telah jatuh sakit diserang stroke.

Amyza yang menggunakan nama Kak Kaaia telah memberitahu apa yang terjadi pada suaminya dan turut mengambil peluang itu untuk mohon maaf kepada semua terutamanya yang berkaitan dengan soal kerjaya kerana dirinya sedang beri fokus terhadap suami itu.

Yang membuat ramai sebak, Amyza telah nekad dan telah memberikan dedikasi khas kepada suami nya itu.

Ini perkongsian dari Amyza Aznan:

“Even you dah lumpuh, kasih sayang setia, I tak lumpuh. Kak Kaaia (Amyza Aznan) minta maaf kepada semua clients yang buat emcee for dinner, event, wedding and also to productions, bukan tak nak share all my activities tu kat instagram, and bukan pilih bulu, tetapi sebenarnya sekarang ini ada lagi penting untuk Kak Kaaia focus, iaitu my husband, dia kena stroke. Inshallah one fine day I will share keje emcee and penggambaran tu.

“Happy anniversary suami ku saying. Semoga allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, untuk tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai “B”. walaupon B stroke, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti. Dan terima kasih untuk lagu nyanyian baby. Ini adalah lagu masa kita bercinta kan. Thank you nyanyi kan lagu and record lagu ni for me.

Pada ruangan komen, ramai rakan artis yang menulis kata-kata sokongan kepada Amyza Aznan dan ramai yang mendoakan agar suaminya kembali sihat.

Diimbas kembali, bulan lepas, Amyza Aznan ada share kisah yang mana suami nya telah dimasukkan ke hospital.