Suami Mondy pula terkena, ini pendedahan dari Caprice

27,239 views

Semalam, melalui satu sidang media di satu event, Caprice ada memberi sedikit perkembangan tentang isu melibatkan Mondy. 

Antaranya ialah isu keselamatan Mondy dan juga keluarganya yang kini masih di negara jiran. 

Risau akan keselamatan Mondy, Caprice telah pun memasang bodyguard yang akan menjaga wanita berkenaan sepanjang berada di negara ini. 

Malahan, buat masa sekarang, dia masih lagi mahu pulang ke negara asalnya itu. 

“Mondy akan selamat di sini, saya sendiri akan jaga dia. Kes ini mungkin akan berlarutan sehingga satu bulan.” 

“Sepanjang di sini, tanggungjawab jaganya ialah saya sendiri. Malah untuk selamat, akan ada bodyguard yang jaganya.” 

Cap juga memberitahu bahawa dia dah pun hubungi pihak duta untuk berbincang tindakan susulan, terutama jika Mondy pulang ke Indonesia. 

“Saya juga dah bincang dengan pihak kedutaan Indonesia, tengok macam mana.” 

“Jika Mondy pulang, kes ini akan terus ditutup.” 

“Dia akan terus di Malaysia sebab keselamatannya, selagi kes ini tak selesai, lagi baik kiranya dia tak pulang dulu.” 

Sementara itu, penyanyi ini juga mendedahkan bahawa ahli keluarga wanita berkenaan turut terkesan dengan isu ini. 

Malahan suami Mondy yang berada di Jakarta juga telah dibelasah baru-baru ini.  

“Yang paling baru suaminya ada berada di Jakarta telah dibelasah dengan sekumpulan lelaki tak dikenali. Sungguhpun kita tidak tahu punca, ianya mungkinlah ada kaitan dengan hal ini.” 

“Kemudian, saya ada tanya Mondy untuk bawa suami dan anak ke Malaysia, tapi Mondy kata dia percaya suaminya nak terus di sana.” 

Dalam pada itu, Caprice juga akui dirinya turut terkena tempias apabila menerima pelbagai komen serta mesej yang tak berapa baik dari orang ramai. 

Namun Cap menyatakan, dia tetap berharap kes ini dapat diselesaikan dan hal yang sebenar akan terungkai. 

“Harapnya suara mereka yang jadi mangsa ini akan didengari dan dapat pembelaan.” 

“Dengan izin Nya, kebenaran dan keadilan akan dimiliki.” 

Dalam pada itu, penyanyi ini juga menyatakan ibu bapa kepada Mondy juga telah diperdaya oleh pihak di sana, sehingga sanggup berbohong.

Ini ada kaitan dengan video yang dimuatnaik oleh rakan ustaz Ebit Liew iaitu ustaz Derry.

Itulah sedikit kenyataan dari pihak Caprice tentang isu Mondy.