Sumpah sedih.. Ramai sayu lihat anak Lufya nampak ayah pergi

4,355 views

Perkahwinan pelakon Lufya Omar dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kini sedang dalam perbiacaraan. Lufya telah failkan permintaan untuk dilepaskan sebagai isteri kepada Che Hafiz.

Namun, Lufya telah keliru, pelik dan bingung apabila suaminya itu dilihat enggan menceraikan isterinya, menerusi satu prosiding mahkamah baru-baru ini.

Oleh itu pihak mahkamah memerintahkan Lufya dan suami untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian tersebut.

Lufya menceritakan dan amat pelik apabila suaminya buat keputusan tak mahu untuk teruskan melafazkan ungkapan penceraian.

“Sy tak boleh nak komen byk sebab masih dalam prosiding mahkamah. Tapi apa yang peliknya, sebelum ini suami saya sudah melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan di beberapa portal media. Tapi, hari ini lain pula yang jadinya, tiba-tiba dia bertindak menarik balik lafaz tersebut dan tak ank menceraikan saya. Saya pelik.

Dalam pada itu, suami Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz dilihat tak mahu cakap banyak tentang kenapa dia buat keputusan untuk tolak permohonan yang difailkan oleh Lufya.

“Saya tak dapat ulas lebih lanjut mengenai keputusan hari ini, saya hanya mengikut nasihat daripada pihak peguam. Jawatan kuasa pendamai pun saya tak dapat dedahkan buat masa kini. Sebagai seorang ayah, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikannya. Pada masa yang sama, saya tidak akan pisahkan anak dengan ibunya, Lufya”

Ada satu video yang dikeluarkan oleh mStar, yang mana anaknya dilihat memanggil nama daddy beberapa kali apabila terlihat ayahnya ingin berlalu pergi meninggal mahkamah. Timbul rasa sayu melihat kejadian ini. Ramai yang menulis rasa kesian pada si anak berkenaan.

Ini antara komen netizen: “Sumpah sedih tgk anak tu dok panggil daddy-daddy. Tak boleh bayangkan la betapa sedihnya perasaan anak tu bila besar nnti. Dia ingat setiap satu kejadiaan ni. Anak jdi mangsa macam ni la. Jatuh juga air mataku, pasal anak duk panggil dady, dady.

Diimbas kembali, pasangan Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz telah disatukan sebagai suami isteri pada tarikh 26 November 2016.

Sepanjang 3 tahun berkahwin, mereka berdua mempunyai seorang anak bernama Laana Haura yang kini dah pun berumur dua tahun.